26 Januari 2022, 16:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Identiti Digital Nasional (IDN) diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN).

Menjelang akhir tahun 2023, Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) sudah mula memberikan petunjuk berkenaan pengujian pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).

Merujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), IDN merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik.

“Manfaat IDN itu adalah untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan dilindungi,” kata MCMC dalam kenyataan pada hari ini.

Pada masa yang sama, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JPN, Puan Laila Abdul Majid berkata, terdapat perbezaan pada penerapan IDN dan MyKad.

My kad merupakan kad fizikal yang memaparkan status kewarganegaraan untuk orang awam, sementara IDN pula lebih berfungsi mengesahkan identiti pengguna lebih terperinci.

Pelaksanaan IDN ini bukan sahaja merangkumi status kewarganegaraan, namun lebih kepada meningkatkan keselamatan identiti pengguna dalam setiap urusan transaksi.

Bukan itu sahaja, pengenalan IDN dikatakan baik untuk ekosistem kewangan negara kerana ciri khususnya memberikan jaminan keselamatan dan terhindar daripada penipuan maklumat.

Meskipun pembangunan ini masih pada peringkat awal, namun JPN menyasarkan supaya pelaksanaan IDN dijangka dapat dilakukan secara menyeluruh menjelang April tahun 2024.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.