4 Februari 2022, 15:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) secara telesidang semalam.

Melalui mesyuarat MTVET kali ini, kerajaan mengumumkan pengiktirafan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan–Industri (Government–Industry TVET Coordination Body, GITC)  yang akan terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan TVET negara, khususnya berkaitan dengan keperluan kemahiran dan tenaga kerja.

Inisiatif ini dijangka akan memperkukuh simbiosis ekosistem TVET dalam menghubung pihak yang terlibat untuk merapatkan jurang antara permintaan dengan penawaran tenaga kerja.

Sehubungan dengan itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion bagi memperkasa TVET melalui pelbagai inisiatif. Usaha ini amat signifikan bagi merealisasikan strategi dan inisiatif yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Kerajaan kini turut mengiktiraf Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sebagai laluan ke rangkaian Universiti Teknikal Awam di Malaysia (MTUN), iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Sudah tiba masanya TVET menjadi pilihan utama belia dalam mempersiapkan diri untuk masa depan. Terbukti, TVET mampu melahirkan lebih ramai individu yang berkemahiran, terlatih dan berbudaya usahawan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.