Diterbitkan pada 5 Februari 2022, 10:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
PKS disarankan untuk membuat peralihan perniagaan ke arah penggunaan digital seiring dengan perkembangan teknologi kini.

Berdasarkan laporan, Malaysia memiliki lebih daripada 1.4 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan 76 peratus daripadanya ialah sektor industri mikro.

Walau bagaimanapun, masih ramai lagi PKS yang tidak mengadaptasi peralihan perniagaan ke arah penggunaan digital secara meluas.

Menurut Persatuan PKS Malaysia, kerajaan persekutuan perlu memperkasakan lagi inisiatif dalam memberikan pendedahan digitalisasi untuk meningkatkan produktiviti perniagaan kecil, seiring dengan peralihan syarikat besar.

Di Malaysia, pendedahan dan latihan dalam bidang automasi dan teknologi juga berkurang.

Selain itu, kurangnya pendedahan dan latihan berhubung dengan automasi dan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) kepada perniagaan kecil negara.

Berdasarkan pemerhatian persatuan, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak latihan, termasuklah membawa masuk pakar dari luar negara bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemilik PKS.

Dengan adanya sokongan dan usaha kerajaan, langkah pemacuan digitalisasi perniagaan PKS Malaysia akan menjadi lebih signifikan dan terus mampan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi