16 Februari 2022, 13:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pencapaian pada akhir bulan Februari atau awal Mac 2022 berpotensi mencapai paras 5.2 peratus hingga enam peratus.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2020.

Oleh itu, peluang dividen pada tahun 2021 dilihat akan lebih tinggi, sekiranya prestasi disokong oleh pendapatan korporat yang lebih baik pada suku keempat.

Beliau juga mengulas mengenai pengeluaran khas di bawah skim i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra dana persaraan itu, “Pengeluaran khas ini berkemungkinan besar tidak memberikan impak yang ketara terhadap prestasi dividen tahunan”.

Selain itu , Profesor Ekonomi di i-CATS University College Kuching, Datuk Shazali Abu Mansor pula menjangkakan KWSP mengumumkan kadar dividen dalam lingkungan 5.5 peratus hingga enam peratus bagi tahun 2021 atas usaha KWSP mempelbagaikan pelaburannya ke pasaran luar negara bersama ekuiti asing.

Tambah beliau, “Dividen sepatutnya meningkat seiring dengan pendapatan. Oleh itu, bagi tahun 2021, kadar berkenaan seharusnya melebihi 5.2 peratus. Jika kurang daripada itu, hal ini dilihat sebagai tidak seimbang.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.