Oleh Suria Janib
15 Mei 2022, 16:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bachok – Sejarah tercatat buat warga pendidik pada hari ini menerusi program “Kayuhan Ceria Hari Guru” sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 kali ke-51.

YB Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi mengetuai program Kayuhan Ceria Hari Guru bersama-sama warga pendidik.

Kayuhan sejauh 20 kilometer yang disertai oleh kira-kira 500 orang peserta dalam kalangan warga pendidik serta pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di negeri Kelantan dilakukan secara santai bersama-sama Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Kayuhan Ceria Hari Guru bermula seawal 7.45 pagi dari Pejabat Pendidikan Daerah Bachok melalui kawasan di sekitar Bachok dan kayuhan berakhir di perkarangan Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.

Wajah ceria Menteri Kanan Pendidikan bersama-sama warga pendidik.

Di samping mengeratkan silaturahim dengan YB Menteri Kanan Pendidikan, program ini secara tidak langsung menggalakkan guru agar sentiasa bergiat cergas, cerdas, sihat dan ceria sepanjang masa.

Bersemangat dan ceria tengok cikgu dan warga pendidik kita berkayuh tadi. Ada yang dapat habiskan kayuhan mengikut laluan 20 kilometer dan tidak kurang juga ada yang mengambil jalan pintas. Apa-apa pun memang seronok dapat beriadah bersama-sama para cikgu dan warga pendidik KPM. Terima kasih kepada semua peserta serta penganjur. Anda semua memang terbaik.

Demikian tulis YB Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi dalam akaun Facebooknya bagi melahirkan rasa seronok kerana dapat turun padang beriadah bersama-sama warga pendidik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.