17 Mei 2022, 12:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis Kejohanan Golf di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat.

Kangar – Sebanyak 52 orang peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang ke-79 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat pada pagi semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis bersama-sama Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Presiden KGP Perlis.

Raja Perlis berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Baginda berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pemenang bagi kejohanan berkenaan ialah Fauzi Osman yang berjaya mendapat pukulan Hole in One pada lubang Nombor 4.

Selain itu, beberapa pertandingan sukan lain akan turut dilaksanakan bersempena dengan sambutan hari ulang tahun baginda pada kali ini. Antaranya termasuklah Kejohanan Woodball Terbuka UiTM Cawangan Perlis 2022 yang berlangsung dari 19 Mei 2022 hingga 22 Mei 2022 dan Kejohanan Ragbi Diraja Perlis Terbuka 7 Sepasukan (Perlis Royal 7s) 2022 dengan acara penutup pada 29 Mei ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.