19 Mei 2022, 16:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penyamaran yang menggunakan nama Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA yang dikatakan menawarkan perkhidmatan berbayar kepada individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

SPA menafikan tindakan tersebut dalam suatu kenyataan menerusi laman media sosial,facebook rasminya hari ini berikutan mendapat aduan berkenaan hal ini.

Pada masa yang sama, SPA turut mengesan sindiket terbabit didapati aktif di platform Telegram dengan menggunakan nama berserta gambar Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA untuk memerangkap mangsa.

Pihak SPA mengambil serius terhadap isu ini dan telah membuat laporan polis. SPA mengingatkan lagi orang awam supaya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan perangkap golongan yang tidak bermoral ini.

Permohonan untuk kemasukan dalam perkhidmatan awam adalah percuma dan orang awam boleh terus memohon melalui sistem SPA9.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.