Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangManjung – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim mencemar duli berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Samudera, Manjung, Perak bagi menghadiri sebuah acara yang berlangsung pada pagi tadi. Mengiringi keberangkatan tiba baginda ialah Timbalan Menteri Pendidikan I, YBhg. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Exco Pendidikan, Pengajian dan Sumber Manusia Negeri, YBrs. Tuan Ahmad Saidi Mohamad Daud, dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBrs. Tuan Aznan Alias.
SMK Seri Samudera merupakan Sekolah Amanah Negeri Perak di bawah Program Sekolah Amanah (trust school) yang diuruskan oleh Yayasan Amir. Sekolah ini merupakan antara 94 buah sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyertai program tersebut. Program Sekolah Amanah ini dibimbing oleh LeapEd Services Sdn. Bhd.
Menurut pengetua sekolah berkenaan, iaitu Puan Sahila Shukor, SMK Seri Samudera telah melalui banyak cabaran dan rentetan kejayaan hasil integrasi dan kolaborasi dengan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dan seluruh warga sekolah di bawah bimbingan pihak Yayasan Amir dan LeapED Service Sdn. Bhd.
“SMK Seri Samudera sebagai sebuah sekolah amanah yang bermatlamat untuk membawa perubahan terhadap prestasi sekolah dan meningkatkan kemenjadian pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara,” jelas beliau.
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Antara tujuannya termasuklah menambah baik proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang merangkumi 14 Kompetensi Struktur Pembelajaran Koperatif (CLS), menghasilkan lebih banyak guru cemerlang yang serba boleh melalui Pembangunan Profesional Berterusan (CPD), Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Membudayakan Kajian Tindakan serta meningkatkan pembangunan modal insan melalui penubuhan Student’s Voice Group (SVG) dan aktiviti kokurikulum.
Sepanjang lebih lima tahun memainkan peranan sebagai sekolah amanah, pelbagai kejayaan telah diraih dan dilakar oleh guru dan pelajar sekolah tersebut. Antara kejayaan yang telah dicapai pada peringkat negeri dan antarabangsa ialah:
Dalam majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat melawat Kelas Pendidikan Khas dan Kelas Kompetensi Struktur Pembelajaran Koperatif (CLS) Tingkatan 5. Selain itu, baginda juga berkenan melawat pameran inovasi yang berlangsung di sekolah tersebut.