24 Jun 2022, 16:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima mengadap delegasi
daripada Pertubuhan Kraf Malaysia di Galeri DiRaja Arau.

Turut berangkat sama ialah anakanda kedua baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Farah Adriana ibni Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Delegasi tersebut diketuai oleh Presidennya, Nik Faiz Nik M. Amin, Ahli EXCO, Arja Lee yang juga merupakan seorang artis terkenal serta Pengurus Kreatif Pengurusan Acara dan Komunikasi USM.Create@Georgetown, Andy Siti Nurhidayah Rahim.

Titah Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah selepas majlis tersebut, “Golongan wanita perlu sentiasa percaya pada kekuatan dan kemampuan diri masing-masing. Untuk menjadi wanita hebat, wanita harus belajar bagaimana memperbaiki masalah sendiri tanpa bantuan orang tua, keluarga mahupun pasangan. Jangan mudah menyerah walaupun keadaan sulit. Mengatasi masalah sendiri akan membantu seseorang wanita itu lebih percaya diri dan mampu menjadi inspirasi buat wanita lain untuk melakukan perkara yang sama”.

Proses untuk menjadi wanita hebat tidak mudah dan banyak perkara perlu dilakukan. Tambah Tuanku Raja Puan Muda lagi, “Untuk menjadi wanita hebat dan sukses bukan hanya dipandang daripada segi kejayaan atau pangkat kerja yang dimiliki semata-mata. Hebatnya wanita itu juga apabila berjaya mendidik anak-anak sehingga sukses menjadi anak yang terbaik buat kedua-dua ibu bapa atau berjaya menjadi seorang ketua inspirasi buat pekerjanya”.

Selepas Galeri DiRaja Arau, delegasi tersebut turut melawat Kampung Way dan juga Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.