2 Julai 2022, 20:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Tawaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022, Isnin ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 secara dalam talian.

Bagi yang berhalangan atau tidak mempunyai capaian Internet, pelajar tersebut boleh membuat semakan keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Walau bagaimanapun, KPM mengatakan bahawa pelajar yang tidak menerima tawaran berkenaan boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian mulai 7 hingga 24 Julai 2022, manakala bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet, rayuan boleh dilakukan pada sekolah masing-masing.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.”

“Pelajar yang ditawarkan ke tingkatan enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.”

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.