21 Julai 2022, 12:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Saya mengulangi kesediaan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Bangladesh,” kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan tersebut diambil menerusi laman Facebook rasmi beliau semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Dr. A. K. Momen di pejabat Perdana Menteri semalam.

Kerjasama dalam pelbagai bidang antara Malaysia dengan Bangladesh adalah merangkumi sektor perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital serta sumber manusia dan pekerjaan.

Pada masa yang sama, kedua-dua orang pemimpin negara ini turut membincangkan dan bersetuju berkenaan masalah pengambilan tenaga kerja dari Bangladesh yang memerlukan tindakan dan penyelesaian segera.

Sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bangladesh, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri berharap agar hubungan baik ini kekal utuh dan makmur pada masa hadapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.