25 Julai 2022, 20:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengenai perancangan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Pertama Rejimen Renjer DiRaja (1 RRD) dan Rancangan Acara-acara RRD, hari ini.

Pengerusi RRD, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Haji Mustaffa menghadap sembah DYMM Tuanku Raja Perlis selaku Tuanku Kolonel Yang DiPertua RRD di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

Majlis sembah tersebut telah bersaksikan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia.

Pegawai RRD menghadap sembah DYMM Tuanku Raja Perlis di Balai Menghadap Biru Istana Arau.

Baginda turut menzahirkan kebanggaannya terhadap pegawai RRD pada hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Setiap warga RRD hendaklah sentiasa menggenggam erat cogan kata keramat RRD, iaitu ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ serta titipkan semangat cogan kata ini setiap kali menyertai tugas yang diamanahkan tidak kira dalam negara mahupun luar negara.

Antara senarai pegawai kanan RRD yang hadir dalam majlis sembah pada tengah hari ini ialah Mejar Jeneral, Abdul Rahman A. Wahab, Brigedier Jeneral, Datuk Johnny Lim Eng Seng, Brigedier Jeneral, Sarman Bahrom; Brigedier Jeneral, Shamsor Haji Jaafar dan Brigedier Jeneral, Mohd. Azmurin Mat Khalib.

Turut hadir ialah Brigedier Jeneral, Abu Hassan Assha’ari Kamis @ Shaffiee, Brigedier Jeneral, Kamaralzaman Haji Abd. Aziz, Brigedier Jeneral, Hashim Osman dan Setiausaha RRD, Kolonel Wan Edenin Wan Mahsin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.