Oleh Jennitah Noordin
22 Ogos 2022, 16:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KOTA KINABALU – Isu pemartabatan bahasa dan sastera kebangsaan di negeri ini tidak terkecuali daripada perhatian Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.  Cakna akan kepentingan tersebut, kerajaan negeri Sabah telah memberikan sumbangan dana kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) sebanyak RM120 ribu untuk merealisasikan pelbagai kegiatan berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan.

Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran menyampaikan cenderamata berupa buku kepada Ketua Menteri Sabah.
Datuk Jasni Matlani menyampaikan bingkai gambar yang memaparkan puisi khasnya bertajuk “Sabah Maju Jaya” yang diterbitkan dalam majalah Dewan Masyarakat Edisi Khas, kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, dalam kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sabah pada pagi ini menzahirkan rasa terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas sokongan dan dukungan yang diberikan. Dukungan ini membuktikan bahawa soal persuratan bahasa, sastera dan penerbitan dalam bahasa kebangsaan tidak terpinggir dalam pelan pembangunan Sabah ke arah pencapaian Sabah Maju Jaya.  Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuklah hala tuju dan kegiatan DBPCS yang melibatkan pelbagai agensi, perancangan berkaitan penerbitan buku dan hal-hal berkaitan DBP.

Yang turut hadir dalam pertemuan ini ialah Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Jasni Matlani; Pengarah DBPCS, Puan Aminah Awang Basar; dan pegawai kanan DBPCS.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.