23 September 2022, 11:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tasik Temenggor– Program Eksursi Rapat Sukarelawan dan Cakna Komuniti (EKSKOM 22) anjuran bersama Unit Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN), PJIMA Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, RIG Communicare dan Persatuan Prihatin Komuniti Negeri Perlis (Communicare) yang melibatkan masyarakat orang asli di Sungai Chiong, Tasik Banding telah berlangsung selama 3 hari.

Komuniti orang asli Sungai Chiong, Tasik Banding.

Sebanyak 23 orang sukarelawan dalam kalangan staf UiTM Cawangan Perlis serta wakil-wakil daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat dalam misi ini. Sebanyak 12 kotak pakaian, 68 set kelengkapan sekolah dan sumbangan makanan telah disampaikan kepada penduduk di perkampungan orang asli berhampiran di samping menyantuni mereka dengan beberapa pengisian aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi perkongsian kepakaran dan hasil penyelidikan sukarelawan serta kesedaran tentang kepentingan pendidikan, kesihatan, kebersihan dan teknologi semasa kepada masyarakat orang asli di situ.

Antara sumbangan yang disampaikan kepada komuniti orang asli.
Peserta menaiki bot membawa kelengkapan sumbangan.

 

 

 

 

 

 

Penyampaian hadiah dan sumbangan.

Program ini telah mendapat sokongan penuh dari YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis. Beliau menyambut baik program seperti ini bagi memasyarakatkan UiTM dengan lebih luas pada peringkat nasional sekali gus membuktikan bahawa UiTM sentiasa prihatin terhadap masyarakat.  Selain itu, dalam ucapannya, beliau juga menggalakkan warga kampus untuk terus menjalinkan kerjasama erat bersama-sama dengan NGO dan industri dalam kerja-kerja amal seperti ini dalam usaha membangunkan sosiobudaya dan ekonomi komuniti. Tambah beliau, inisiatif ESKOM 22 ini juga selari dengan inisiatif University for Society@Keluarga Malaysia atau UniTY yang dibentangkan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi melalui Amanat Menteri Pengajian Tinggi.

Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), jungle trekking dan water-confident yang bertujuan untuk meningkatkan ketahanan diri dan jalinan kerjasama serta ukhuwah antara sukarelawan.

Aktiviti water-confident.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.