10 Oktober 2022, 11:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kundasang – Program Kuiz Bahasa Bersempena dengan Festival Seni dan Alam (FESA), anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah dilaksanakan pada 5 dan 6 Oktober 2022 di Kundasang, Sabah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti dalam kalangan pelajar sekolah melalui permainan bahasa seperti Sahibba Cap, Teka Peribahasa, Pintar Jawi dan Langkah Ria.

Pada 5 Oktober 2022, sebanyak 26 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyadiah, Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sugut, Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bundu Tuhan telah menyertai Permainan Langkah Ria yang menguji kefahaman pelajar mengenai penggunaan bahasa Melayu yang betul, peribahasa, perumpamaan, pantun, dan pengetahuan am.

Sekolah Rendah Kebangsaan Kauluan, Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco, Sekolah Rendah Kebangsaan Mesilou, Sekolah Rendah Kebangsaan Kundasang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bundu Tuhan telah menghantar sebanyak 73 orang pelajar pada 5 hingga 6 Oktober 2022. Pada 5 Oktober 2022, sebanyak 50 orang pelajar menyertai permainan Langkah Ria dan pada 6 Oktober 2022, sebanyak 23 orang pelajar menyertai permainan Pantas Jawi dan Betulkan yang Biasa.

Melalui beberapa permainan, pelajar secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan dan menguji minda terutamanya dalam permainan melibatkan peribahasa, kata bidalan, perumpamaan, pantun dan ejaan Jawi. Maklum balas positif diterima daripada guru-guru pengiring. Para guru mencadangkan program seperti ini diteruskan pada tahun hadapan.

Program yang berlangsung selama dua hari ini, dikendalikan oleh Puan Norhafiza Ibrahim, Ketua, Pusat Dokumentasi Melayu dan dibantu oleh Puan Erani Abdullah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.