10 Oktober 2022, 11:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kundasang – Seramai 13 kumpulansekitar Kundasang dan Ranau yang telah menyertai Pertandingan Gubahan Alam bersempena dengan Festival Seni dan Alam (FESA), yang telah diadakan pada 5 Oktober 2022, pukul 2.30 petang, di Pentas Budaya, Pekan Kundasang merupakan program yang julung-julung kali diadakan. Pertandingan ini ialah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau dan Walai Tokou Homestay, Kundasang. Pertandingan ini adalah antara pengisian program FESA yang diwakili oleh dua orang peserta yang melibatkan orang awam, penjajah sayur-sayuran dan buah-buahan  di sekitar daerah Ranau dan Kundasang. Setiap kumpulan akan membawa sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri untuk digubah semasa pertandingan berlangsung. Antara objektif pelaksanaan pertandingan ini termasuklah untuk menyemarakkan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan kemuncak kepada Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2022 Peringkat Negeri Sabahmelalui kegiatan kesenian.Selain itu, mendekatkan dan menjalin sinergi antara DBP dengan khalayak umum dan agensi swasta yang terlibat.

Antara gubahan alam yang mempamerkan kreativiti peserta pertandingan.

Sesuci Kasih-Nyahasil gubahan Rasininah Sulimat dan Haslinda Rasnindinobatkan sebagai Johan Pertandingan Gubahan Alam.Johan menerima hadiah wang sebanyak RM800.00 dan siijil penghargaan. Gubahan yang diberikana nama Bahasa Cintanya Seutuh Gunung Kinabalu, Semekar Alam di Bumi Kundasang mendapat tempat kedua oleh kumpulan Imitasi Gubahan Alam yang diwakili oleh Norhaidah Manaf dan Norhayati Boon yangmenerima hadiah wang sebanyak RM600.00 dan sijil penghargaan. Manakala, kumpulan Mamandak dengan gubahan yang diberikan nama Warna-warni Alam(Colour of Nature) mendapat tempat ketiga, diwakili oleh Norlizaini Lausin dan Robini Lambigit. Tempat ketiga akan membawa pulang wang RM400.00 dan sijil penghargaan. Tiga sagu hati yang menerima hadiah wang RM200.00 setiap kumpulan dan sijil penghargaan ialahkumpulan Sweet Mom, Marwati dan Simfoni Alam.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan olehYang Berhomrat Datuk Amisah Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik). Turut hadir semasa majlis penutupan ialah Puan Aminah Awang Basar, Pengarah, DBP Cawangan Sabah, Datuk Jasni Matlani, Ahli Lembaga Pengelola DBP, merangkap Presiden, BAHASA, Encik Jumain Abdul Ghani, Pegawai Daerah Ranau, Encik Jamius Agang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ranau wakil kepada Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, pada 7 Oktober 2022 (Jumaat), pukul 9.00 pagi di Pentas Budaya, Pekan Kundasang.

Diharapkan penganjuran pertandingan seumpamaini dapat menyemarakkan semangatcintakan alam sekitar dan bahasa kebangsaan dalam kalangan peserta dan masyarakat secara keseluruhannya di samping meraikansambutan Hari Alam Sekitar Negara dan kemuncak DBK 2022 Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.