1 November 2022, 10:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kemeriahan sambutan DMK Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. 


KOTA KINABALU
–  Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Negeri Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah turut menyantuni warga Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas pada
 18 Oktober 2022 dengan menceriakan dunia kanak-kanak yang tidak dapat meneruskan persekolahan biasa kerana menerima rawatan susulan mahupun yang terpaksa meninggalkan persekolahan dalam tempoh masa yang lama kerana penyakit kronik. Kanak-kanak yang menyertai Sekolah Dalam Hospital (SDH) ini biasanya terdiri dalam kalangan pesakit Wad Pediatik dan yang menerima rawatan harian di pusat rawatan talasemia.

Pada kali ini, DBP Cawangan Sabah melihat program ini perlu diperluas ke hospital-hospital yang mempunyai Sekolah Dalam Hospital demi kelestarian ilmu anak bangsa. Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, YBhg. Dr. Marcus Netto dalam ucapan beliau amat berterima kasih dan menghargai usaha murni ini dan turut mengalu-alukan pelbagai program DBP bersama-sama Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas akan berterusan dan beliau juga menyokong penuh program Dekad Membaca Kebangsaan ini perlu diterapkan dari kecil.

Puan Aminah Awang Basar selaku Pengarah DBP Cawangan Sabah dalam ucapannya berharap program seumpama ini selain sebagai usaha untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, Wakaf Buku DBP juga turut menggalakkan pewujudan sudut bacaan dalam membantu memperbanyak bahan bacaan. Kali ini DBP Cawangan Sabah memilih Hosputal Wanita dan Kanak-kanak Likas dengan harapan bahan bacaan tersebut menjadi terapi kepada kanak-kanak dan penjaga mereka.

Yang turut serta dalam majlis tersebut ialah YBhg. Puan Zellina Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas; YBhg. Dr. Christine Lu Shin Yeen, Timbalan Pengarah Klinikal; YBhg. Dr. Fong Siew Moy, Ketua Jabatan Pediatik;  Puan Amrata  Kumbayat, Penyelia Jururawat Jabatan Pediatik, Encik Asfar Abdul Hamid; Penyelia Sekolah dalam Hospital, Puan Sapiah Abdul Sunnat; dan  Ketua Unit Perpustakaan, Kanak-kanak dari Wad Pediatik Bersama-sama dengan penjaga.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.