Oleh Mohamad Ibrahim
17 November 2022, 14:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sekitar Pertandingan Bercerita: Cerita Rakyat berlangsung di Perpustakaan Awam Pahang, bersempena Karnival Kanak-Kanak 2022.

Kuantan – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang menganjurkan Karnival Kanak-Kanak Sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 8 hingga 12 November 2022.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Nor Zahira Muhammad Azmi.

Menurut Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Nor Zahira Muhammad Azmi, program ini diadakan untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada golongan dewasa agar mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perlindungan serta menjaga kebajikan golongan kanak-kanak.

Anak-anak ialah generasi pewaris bangsa, penerus tradisi budaya dan tunggak kecemerlangan negara. Maka itu, anak-anak perlulah dididik dan dipelihara sebaik-baik yang mungkin bagi menjadikan mereka ‘permata’ yang berkilau. Permata tersebut bukan sahaja akan menentukan maruah diri dan keluarga, malah terhadap negara tercinta,” kata beliau ketika merasmikan majlis penutupan karnival.

Penganjuran karnival ini telah diadakan usaha sama daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang bersama-sama rakan sinerginya, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang, Exploria Skillseeds Sdn. Bhd., MBS Bookstore Sdn. Bhd., Aman Palestin dan Persatuan Pecinta Exotic Pahang (PPEP).

Objektif karnival ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan potensi semua aspek perkembangan kemahiran asas dalam kalangan kanak-kanak; melahirkan generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berinovasi pada masa akan datang; memberikan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kanak-kanak untuk mendapatkan hidup yang aman dan harmoni; dan mendekatkan perpustakaan dengan komuniti masyarakat khususnya terhadap pelajar sekolah.

Antara aktiviti menarik yang dilakukan, termasuklah Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah Rendah yang dimenangi oleh Aisyah Fadhlina Mohd Hafiz, SK Felda Selancar 2, Rompin sebagai johan; Nur Alya’ Faqihah Mohd Zalani, SK Peramu Jaya, Kuantan (tempat kedua); Muhammad Azizan Rahimi Saiful, SK Semambu (tempat ketiga); Nurul Aishah Abdul Manan, SK Keratong 10, Rompin (tempat keempat); dan Aina Qaisara Mohd Rizal, SK Desa Jaya, Maran (tempat kelima).

Dalam perkembangan yang sama, terdapat juga Bengkel Teknik Bercerita yang disampaikan oleh Encik Nor Azhar Ishak (Cikgu Nai) dan Puan Milyana Arshad diadakan sebelum dilangsungkan Pertandingan Bercerita: Cerita Rakyat. Pertandingan ini dimenangi oleh Noor Aisyah Humaira Mohd Azhar, SK Bunut Rendang sebagai johan; Rizq Fayyadh Abdul Halim, SK Tunku Azizah (tempat kedua); Nurul Farhana Awatif Mohd Ibrahim, SK Pengkalan Tentera (tempat ketiga) dan tiga hadiah sagu hati yang dimenangi oleh Nurul Farha Marissa Nor Shahrul, SK Seri Melati; Tuan Alif Firdaus Abd Muiz, SK Teruntum dan Sharifah Dhia Larissa Syed Mohd Lufti, SK Methodist.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pertandingan Bersajak Peringkat Tahap 1 pula dimenangi oleh Nur Irdina Abdul Jalil, SK Teruntum (johan); Siti Aisyah Sharulazwa, SK Galing (naib johan), manakala Pertandingan Bersajak Tahap 2 pula dimenangi oleh Tuan Alif Firdaus Abdul Muiz, SK Teruntum (johan); Safiyyah Mohd Hafiz, SK Tunku Azizah (naib johan); dan Alessa Amani Mohd Nazari, SK Tunku Azizah (tempat ketiga).

Pertandingan Silang Kata pula dimenangi oleh Fareez Hazimie Mozaid (johan), Muhammad Adam Mustaffa Muhamad Nor Fikri (naib johan), Muhammad Irfan Darwish (tempat ketiga), Nur Irdina Asfa Mohd Halim Hafiz (tempat keempat), dan Leo Ching Jia Cheng (tempat kelima).

Pertandingan Dengarlah Ceritaku pula dimenangi oleh Noor Rozaireen Sofe Ramdan (johan), manakala Nurul Aisyah Azhar (naib johan), Nurul Afifah Kamaruladnan (tempat ketiga), Siti Nurulakma Yahaya (tempat keempat), Siti Nur Asyiah Zakaria (tempat kelima) dan Muhammad Farid Hood (tempat keenam).

Pertandingan Ulasan Buku DBP melalui Video (Kategori Terbuka) dengan kerjasama DBP Wilayah Tengah dimenangi oleh Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid (johan), Nur Atikah Jamaludin, Azlini Baharuddin (tempat ketiga), Siti Nur Asyiah Zakaria (tempat keempat), Nurul Afifah Kamaruladnan (tempat kelima), dan Muhammad Hamka Embong (tempat keenam).

Mengulas lebih lanjut berkaitan dengan karnival ini, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang turut melahirkan kegembiraan kerana karnival ini mencatatkan kira-kira 10 000 pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Hassan Alias, Pengarah DBP Wilayah Tengah dan Dr. Raihan Musa, Pengarah Urusan Exploria Skillseeds Sdn. Bhd.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Nor Zahira Muhammad Azmi (tengah), Pengarah DBP Wilayah Tengah, Hassan Alias (kiri) dan Pengarah Urusan Exploria Skillseeds Sdn. Bhd., Dr. Raihan Musa bersama-sama peserta.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.