21 November 2022, 14:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pauh Putra – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pagi tadi berkenan berangkat menganugerahkan ijazah kepada 380 orang graduan pada Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen 16, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Ilmu, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Perlis.

Antara graduan yang menerima ijazah masing-masing daripada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor.

Graduan-graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dan Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik dan Automasi) menerima ijazah masing-masing daripada baginda selaku Tuanku Canselor. Turut disampaikan ijazah adalah kepada waris graduan mendiang Vimalraj a/l Moghan yang telah meninggal dunia.

Tuanku Raja Muda dalam titah baginda menasihatkan supaya para graduan cuba mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan di tempat kerja dengan sentiasa memandang berat akan perpaduan antara pekerja dengan pekerja; dan pekerja dengan majikan. Hal ini disebabkan perpaduan harus sentiasa wujud dalam sektor pekerjaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.