Oleh Firdaus Mul
3 Disember 2022, 06:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Selepas menewaskan Datuk Mansor Othman yang mewakili parti Perikatan Nasional yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal dan penyandang kerusi Parlimen tersebut selama dua penggal, dengan majoriti undi sebanyak 16 293, Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek daripada parti Pakatan Harapan dilantik sebagai Menteri Pendidikan di bawah barisan Kabinet yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

YB Fadhlina Sidek merupakan Senator Ahli Dewan Negara Lantikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi tahun 2021 hingga 2022. Beliau juga merupakan seorang peguam syarie dan pemilik Tetuan Fadlina Siddiq & Associates bermula pada tahun 2022 hingga kini. 

Jika disoroti latar belakang pendidikan YB Fadhlina, beliau mula mendapat pendidikan pada tahun 1996 di Sekolah Menengah Agama Batu 10, Cheras. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL (B) dan Ijazah Sarjana Muda LL (B) Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2002. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana LL (M) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pencapaian beliau sebagai seorang aktivisme juga sesuatu yang membanggakan. Beliau pernah mewakili Kes Melibatkan Menantu dan Cucu-cucu “Rasul Melayu” pada tahun 2007. Kemudian, beliau mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS): Kes-kes Permohonan Pengisytiharan Bukan Lagi Seorang Islam yang juga merupakan kes paling kontroversi dari tahun 2011 hingga kini. Pada masa yang sama, beliau turut mewakili MAIS sebagai Panel Penilai Penjagaan Kanak-Kanak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2012.

YB Fadhlina merupakan Pengerusi Pertubuhan Bayt Al-Rahmah bermula dari tahun 2020 hingga kini bahkan beliau juga merupakan seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah As-Sahabah Urus Zakat Pulau Pinang bermula dari tahun 2021 hingga kini.

Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dewan Negara (2021-2022) dan menyandang jawatan Ketua Wanita Keadilan bermula pada tahun 2022 hingga kini. Beliau juga antara wakil rakyat daripada parti Keadilan yang lantang memperjuangkan kepentingan sejagat.

Jika gagasan politik perubahan dengan meletakkan maruah negara melebihi kepentingan peribadi dan populariti parti, justeru kita harus mahukan peralihan politik yang terangkul nilai keadilan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat”.

(Kenyataan beliau dalam berita yang bertajuk “Peralihan Politik: Pulihkan Maruah Negara sebagai Keutamaan”, diterbitkan pada 5 Oktober 2022 oleh suarakeadilan.my).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.