Oleh Abd. Razak Osman
8 Januari 2023, 12:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
YAB Muhammad Sanusi Md. Nor menyampaikan Anugerah Khas Media Kedah kepada Nasrudin Mahmud sambil diperhati oleh Kumaran.
YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyampaikan Anugerah Khas Media Kedah kepada Encik Nasrudin Mahmud sambil diperhatikan oleh Encik Kumaran.

Alor SetarĀ – Kira-kira 100 orang wartawan daripada pelbagai media massa telah menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Kelab Media Elit Kedah (KMEK) yang berlangsung pada 7 Januari 2023 di Hotel Raia, Alor Setar ,Kedah bagi meraikan ahli-ahlinya.

Presiden kelab itu, Encik Kumaran Rajamoney berkata, usaha yang dilakukan ini telah berjaya mengeratkan hubungan baik antara ahli kelab dari setiap daerah.
Wartawan turut mengambil bahagian dalam aktiviti menjadikan keratan akhbar sebagai pakaian.
Pelbagai acara telah disusun oleh pihak penganjur untuk menggalakkan penyertaan daripada ahli kelab yang hadir.
Acara melukis wajah pemimpin turut diadakan dalam majlis tersebut.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama, termasuklah mereka yang menghulurkan pelbagai sumbangan untuk acara cabutan nombor bertuah.
Dua peserta yang memenangi hadiah pakaian menarik menerima hadiah masing-masing.
“Sebagai petugas media, banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam menyediakan bahan atau laporan pada setiap hari,” jelas beliau.
Encik Kumaran berkata, ahli KMEK yang bertugas tidak akan pernah berasa jemu kerana masing-masing telah dilatih untuk terus menyediakan bahan-bahan yang berkualiti untuk paparan di media massa.
Antara tetamu kenamaan yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Wan Romani Wan Salin serta Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Encik Nasrudin Haji Mahmud.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.