Oleh Abd. Razak Osman
15 Januari 2023, 15:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Baling – Sebanyak 45 orang peserta melibatkan pelajar serta dua orang pensyarah dari jurusan Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (SCOHOST), Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok telah menyertai program Small Steps to Big Changes (SSTBC) 2023 di Desa Lestari Kampung Keda, Ulu Legong, Baling.

Program yang bermula pada 13 Januari lalu bertujuan melaksanakan Service Learning Malaysia (SULAM), dan dikenali sebagai “University for Society”. SULAM merupakan satu daripada agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), iaitu elemen pembelajaran berimpak tinggi.

Pengarah projek itu, Danial Najmi Badrul Hisham, berkata bahawa semua pelajar dari pusat pengajian berkenaan dibawa tinggal bersama-sama keluarga angkat di kampung tersebut.

Banyak aktiviti menarik dapat dilakukan oleh pelajar ketika berada di kampung itu selama dua hari satu malam, termasuklah melakukan aktiviti dalam sungai, gotong-royong, masakan BBQ dan lain-lain.

Program tersebut juga bertujuan melengkapkan tugasan bagi subjek Ghot 3043 Housekeeping, di samping memberikan peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Penduduk kampung turut diberi taklimat dalam aktiviti mengutip dan mengasingkan sampah yang dikelolakan oleh “Trash Hero Sintok”.

Menurut beliau, penduduk tempatan begitu gembira kerana pelajar UUM jurusan ini dapat memberikan pandangan membina dalam membantu pengusaha rumah inap ke arah menaik taraf fasiliti dan cara susun atur dalam kaedah mengemas bilik rumah inap masing-masing.

Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Keda Baling, Puan Rosimah Darus ketika merasmikan penutupan program itu berkata, usaha yang dilakukan melalui aktiviti sebegini boleh mengeratkan hubungan baik antara penduduk kampung dengan pelajar dari Universiti Utara Malaysia.

Pelajar UUM bergambar kenangan di Kampung Keda Ulu Legong, Baling.
Seorang penduduk, Majid Bakar bersama-sama tiga orang anak angkatnya.

 

 

 

 

 

 

Keluarga angkat menyambut pelajar UUM sebaik-baik sahaja turun dari bas di Kampung Ulu Legong.
Pelajar melakukan aktiviti di sungai di Kampung Ulu Legong.
Aktiviti gotong-royong mengutip sampah turut dilakukan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.