Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSungai Petani – Sebanyak 300 kakitangan kerajaan negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah menyertai Seminar Intan Executive Lecture Series (IELS) Protokol dan Etiket: Pejabat Lawan Istana, di Dewan Jubli Perak, Institut Tadbiran Awam Negara (INTURA) Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.
Pengurus seminar IELS ini, Encik Khairul Intan Daud berkata, melalui seminar seumpama ini peserta dapat mengetahui etika ketika menghadiri majlis makan malam anjuran pihak istana dengan pejabat kerajaan atau di tempat lain. Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Tuan Sophian Abdul Rahman.
Sebagai kakitangan kerajaan di negeri Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang, mereka perlu mengetahui hal-hal ini, terutama berkaitan protokol pakaian dan etiket sosial. Hal ini juga boleh dijadikan panduan untuk kebaikan diri sendiri.
Menurut beliau semasa ceramah yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang,
Seminar berkaitan protokol dan etiket ini perlu dihayati sepenuhnya. Saya juga berpuas hati kerana peserta mengikuti ceramah dengan penuh khusyuk dan mengemukakan pelbagai soalan kepada penceramah.“
“Ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh pihak INTURA pada tahun ini dan akan diadakan lagi pada masa-masa lain.
|
|
|
|