25 Januari 2023, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Barisan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sesi 2022/2023 diraikan pada Sesi Pengumuman Majlis Tertinggi MPP Bilik Senat Universiti, baru-baru ini.

Kepimpinan tertinggi baharu itu diterajui Yang Dipertua MPP, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua MPP, Kavines Nair a/l Ananthan; Setiausaha MPP, Emina Kulasic Bong Ei Min dan Bendahari MPP, Aqimi Rafuad Arisza.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Shahimi Mohtar yang menjalankan fungsi Naib Canselor.

Profesor Dr. Shahimi berkata, proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang berlaku, sekali gus menunjukkan mahasiswa UUM mematuhi peraturan yang ditetapkan dan proses pemilihan yang telus.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terpilih. Kepercayaan yang diberikan ini harus digunakan dengan baik agar memberikan manfaat kepada pelajar, di samping membantu pihak pengurusan universiti.

Sementara itu, Yang DiPertua MPP, Muhammad Izuan Faiz turut melahirkan rasa syukur apabila diberikan kepercayaan untuk memimpin MPP Sesi 2022/2023 dan bersiap sedia dalam usaha memberikan komitmen terbaik untuk berkhidmat kepada mahasiswa.

Saya yakin jawatan ini hadir dengan satu tanggungjawab yang besar untuk memastikan suara mahasiswa UUM terus diangkat dan didengari oleh pihak pengurusan.

“Fokus saya ialah kepimpinan berteraskan aspirasi mahasiswa, dengan memastikan satu kerjasama yang padu dalam kalangan pemimpin mahasiswa UUM dan membantu universiti,” ujar pelajar Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa itu.

Setiausaha MPP, Emina Kulasic pula ingin membawa perubahan yang positif dan bersedia menggalas amanah sebagai wakil pelajar demi membantu seluruh mahasiswa tanpa mengira latar belakang.

Keputusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 telah menyaksikan sebanyak 44 calon menang bertanding di kerusi pemilihan masing-masing, iaitu 10 calon mewakili kerusi umum dan 34 calon lagi mewakili kerusi pusat pengajian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.