Oleh Abd. Razak Osman
11 Februari 2023, 20:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak 36 orang delegasi, termasuk pensyarah pelbagai jabatan di Kolej Perubatan Zhengzhou Shuqing (ZSMC) dari Wilayah Henan, China, mengadakan lawatan ke Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Semeling, Merbok, Kedah pada hari ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Presiden ZSMC, Dr. Wang Chen. ZSMS diwujudkan pada tahun 1984 dan pada tahun 2002 memperoleh kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China untuk menjadi satu-satunya kolej perubatan am swasta di Wilayah Henan.

Datuk Dr. John Antony Xavier ketika berucap di majlis tersebut.

Semasa berada di sini, anggota delegasi tersebut, termasuk Pengarah Komunikasi dan Kerjasama Antarabangsa dan Dekan Pendidikan Berterusan, Xu Yingbo, Naib Pengarah Komunikasi Antarabangsa dan Kerjasama, Mao Yagang dan Pegawai Fakulti Komunikasi Antarabangsa, Dr. Aravind Raveendran turut mengadakan perbincangan khas di Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran dengan para pegawai dari Universiti AIMST, yang diketuai oleh Prof. Datuk John. Antony Xavier.

Pegawai lain dari AIMST yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselornya, Prof. Madya Kanan Dr. Kathiresan V. Sathasivam, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Madya Dr. G. Prabakaran, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Hubungan Industri, Prof. Madya Dr. Sundram M. Karupiah dan lain-lain lagi.

Sebelum ini, Universiti AIMST telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ZSMC pada bulan November 2019 untuk berkerjasama dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan pembangunan, perkongsian kepakaran, penganjuran persidangan dan seminar mengenai bidang kepentingan bersama, latihan untuk kakitangan fakulti dan mobiliti pelajar.

Sehingga kini, ZSMC telah melatih lebih 50 000 pengamal perubatan peringkat tinggi untuk institusi perubatan, sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial tempatan.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Korporat Universiti AIMST, K. Jayachandran berkata, melalui perbincangan bersama itu boleh menyelesaikan banyak perkara antara dua pusat pengajian tersebut. Katanya, program pertukaran antara pelajar dari kedua-dua negara dibincang bersama dan pelaksanaannya nanti dapat membantu pelajar Universiti AIMST menambah kemahiran masing-masing dalam bidang perubatan.

Dr. Wang Chen (tengah) menyampai cenderahati kepada Datuk Dr. John Antony Xavier.
Antara delegasi dari ZSMC yang hadir di AIMST, Kedah.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.