28 Mac 2023, 21:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Peranan ahli akademik di institusi pengajian tinggi adalah amat penting untuk dijadikan sebagai contoh teladan, terutamanya ahli akademik wanita.

Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa proses melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu bermula seawal sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

“Yayasan Tuaku Fauziah (YTF) akan terus berusaha memperkasakan golongan wanita pada peringkat institusi pengajian tinggi untuk menjadi pemimpin yang berdaya saing, tegas dalam menjalankan tugasan mendidik mahasiswa.

“Hal ini bukan sekadar memiliki ijazah, namun perkara yang lebih penting adalah mempunyai pemikiran yang matang,” titah baginda dalam Majlis Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah 2023, pagi ini.

Menurut Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merangkap Penasihat DiRaja YTF, didapati bahawa golongan wanita kini semakin menonjol meskipun mendepani cabaran kehidupan era globalisasi dan digitalisasi.

“Lebih daripada separuh jumlah staf akademik yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam adalah wanita.”

“Hal ini menunjukkan golongan wanita semakin dikenali sebagai ahli profesional yang berkelayakan tinggi dan semakin diiktiraf atas pencapaian mereka dalam organisasi dan negara.”

Mengulas lanjut berkaitan webinar YTF, program ini merupakan kali ke-19 diadakan anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSSS) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang turut menyampaikan ucapan disusuli dengan ucapan daripada Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.

Titah perasmian penutupan webinar itu pula disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF pada waktu petang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.