Oleh Aninah Janang
18 April 2023, 16:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan  bahawa kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari kepada semua jenis kenderaan di 33 lebuh raya di negara ini yang bermula pada 19  April 2023 hingga 21 April 2023, serta 24 April 2023 ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma, iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya,  pada petang ini.

Tidak cukup dengan berita gembira itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa satu hari cuti kelepasan am tambahan diberikan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk  pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.

Sekiranya 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat , iaitu 21 April 2023, maka kerajaan akan menetapkan pada hari Isnin, iaitu 24 April 2023 sebagai kelepasan am berdasarkan Seksyen 8 Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Walau bagaimanapun, andai tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu, iaitu 22 April 2023,  maka hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Dalam sidang media yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan diskaun saman trafik pada tarikh antara 21 April 2023 hingga 21 Mei ini.

Semua saman polis itu, ujarnya akan dikenakan kompaun sebanyak RM50 sahaja. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut tidak terpakai terhadap kesalahan lalu lintas yang dilakukan pada tahun ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.