Oleh Abd. Razak Osman
20 April 2023, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Sebanyak 2800 orang petugas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah menerima  sumbangan makanan menjelang Hari Raya Aidilfitri dari pelbagai pihak bersempena dengan Program Semarak Rahmah Ramadan.

Encik Mohd Fakhzan Nasir (kiri) menyerahkan simbolik sumbangan kepada YBrs. Dr. Mithali Abdullah di Lobi HSAH Sungai Petani.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kuala Muda, Rahmat Jutamas Sdn. Bhd. bersama-sama rakan kolaborasi Co-op Bank Cawangan Sungai Petani, Lembaga Pelawat HSAH, Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda, dan Pasar Raya Central Square Sungai Petani.

YBhg. Dato’ Ahmad Tajuddin Othman (tengah) menyerahkan bubur lambuk kepada YBrs. Dr. Mithali Abdullah semasa Program Semarak Rahmah Ramadan yang diadakan di HSAH.

Pegawai JPNIN Daerah Kuala Muda, Encik Mohd Fakhzan Nasir berkata, sekurang-kurangnya sebanyak 703 orang pesakit yang berada di HSAH akan menikmati makanan yang akan diedarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya lagi:

Terima kasih kepada Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr. Mithali Abdullah@Jacquline Sapen kerana menerima sumbangan makanan dan bubur lambuk yang diberikan ini. Terima kasih juga kepada semua pihak kerana memberikan kerjasama dengan menghulurkan bantuan makanan lain bagi menceriakan semua petugas dan pesakit di hospital ini.

Encik Mohd Fakhzan Nasir berkata, usaha yang diadakan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Hal ini juga termasuklah semasa program mengacau bubur lambuk yang diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dewan Taman Bandar Baru Sungai Lalang.

Menurutnya lagi:

Aktiviti kolaborasi seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana memberikan banyak kebaikan dalam usaha untuk memupuk perasaan kasih sayang antara masyarakat pelbagai kaum.

Peserta program bergambar bersama-sama kakitangan HSAH Sungai Petani.

Turut hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HSAH Sungai Petani, Encik Khairul Anuar Zainol, Ketua Pegawai Operasi Pemasaran Proton Rahmat Jutamas Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ Ahmad Tajuddin Othman, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Encik Jamil Zainul, Pegawai Pembiayaan dan Pemasaran Co-op Bank Cawangan Sungai Petani, Encik Mohamad Al Muttaqin Mohamad Zamri serta Pegawai Perhubungan Awam Central Square Sungai Petani, Encik Harmizal Che Omar

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.