Oleh Abd. Razak Osman
14 Mei 2023, 19:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sungai Petani –  Sebanyak 44 peserta, termasuk warga emas dan pelajar sekolah menengah menyertai Kejohanan OROKU Cup Golf Tournament 2023 pusingan pertama yang bermula pada hari ini di Permaipura Golf Bedong, Kedah.
       Kejohanan tersebut bakal menyaksikan 10 pusingan yang turut melibatkan beberapa lokasi lain di seluruh negara dan pusingan terakhir akan diadakan di Padang Glemmarie Golf & Country Selangor pada tahun hadapan.
Datuk Jamil Baharom (kiri) menyampaikan hadiah kepada orang pemain.

Pengarah Syarikat OROKU Tech Solutions Sdn. Bhd, Datuk Jamil Baharom berkata, “Usaha dilakukan ini bagi menarik minat anak muda untuk menyertai sukan golf, selain mengeratkan hubungan dan menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan staf syarikat dan pelanggan.”

       Menurut beliau, hanya tiga pemain dipilih bagi hadiah utama, iaitu bagi tempat pertama (RM1500), tempat kedua (RM1000) dan tempat ketiga (RM500).
        Manakala, tempat keempat hingga ke-10 turut diberikan, selain pemberian sebanyak 15 hadiah cabutan bertuah berupa hamper kepada pemain.
Tambahnya,
Hadiah kemuncak kejohanan ini ialah hadiah kepada pemenang H10 berupa sebuah kereta jenama Ford Mustang 5.0 yang bernilai kira-kira RM200 000.
Muhammad Fakhrul Aiman Noor Ezamdi (tengah), Mohd Rizam Ali (kiri) dan Azahari Amir (kanan).
       Pada pusingan kali pertama tersebut, Muhammad Fakhrul Aiman Noor Ezamdi, 20 tahun berjaya menerima hadiah utama yang berjumlah RM1500. Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Rizam Ali yang berjumlah RM1000, manakala tempat ketiga ialah Azahari Amir dengan hadiah bernilai RM500.
        Manakala dua pemain muda, Afif Jazimin Noor Ismail  dan Mohd Adeeb Rayyan Mohd Johari yang berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merging, Alor Setar berkata, “Inisiatif yang diambil oleh pihak penganjur bagi mengadakan kejohanan golf sebegini boleh menarik golongan muda untuk menyertai aktiviti sukan yang lebih mencabar.”
Mohd Jaferi Mohd Sani.

Selain menampilkan pemain muda, seorang warga emas, Mohd Jaferi Mohd Sani (60 tahun) berkata, “Selagi berdaya, dia akan bermain golf dengan  bersemangat untuk mendapat beberapa hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur OROKU.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.