27 Mei 2023, 19:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 pada kali ini yang berlangsung pada 26 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023 berkonsepkan budaya membaca sebagai pembentuk keperibadian masyarakat MADANI menyasarkan 900 ribu orang pengunjung dengan penyertaan sebanyak 211 syarikat pempamer dalam industri perbukuan yang melibatkan 812 unit reruai.

Selesai sahaja Majlis Perasmian PBAKL 2023, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melawat beberapa gerai pameran di sekitar Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Selain itu, YAB Perdana Menteri turut beramah mesra dengan para pengunjung pesta buku berkenaan.

Penganjuran pesta buku selama 10 hari ini dilihat sebagai antara usaha kerajaan bagi memperkukuh budaya membaca rakyat Malaysia dan memperkasakan industri perbukuan negara.

PBAKL 2023 ini turut menonjolkan 10 elemen keterujaan seperti Pesta Buku Hibrid (PBAKL Fizikal dan Dalam Talian), Pusat Dagang Hak Cipta ASEAN (ASEAN Right’ s Fair), China sebagai negara tamu, Sarawak sebagai negeri tamu, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai kementerian tamu, Kumpulan Penerbit Akademik Terbesar (Perkumpulan penerbit-penerbit universiti), IFLA Junior, Mandiri di PBAKL 2023, BOCA VIP Programme dan Laman Santai Seni.

Selain itu, PBAKL 2023 juga berkolaboratif dengan Shopee sebagai rakan rasmi e-dagang untuk melaksanakan pesta buku secara hibrid manakala Tik Tok sebagai rakan rasmi media sosial yang menawarkan banyak aktiviti di #BookTokMalaysia dan Temui Pembaca Di Mana Jua. Penyertaan Media Prima Berhad dan Radio IKIM sebagai rakan strategik juga adalah usaha bagi meningkatkan promosi penganjuran pesta buku ini.

YAB Perdana Menteri berkunjung ke gerai pameran buku di sekitar Pentas Utama.
YAB Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ketika mengadakan lawatan ke sebuah gerai buku pada petang tadi.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga beramah mesra dengan pengunjung dan tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

 

Foto: Mohamad Adib Zulkifli

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.