Oleh Firdaus Mul
27 Ogos 2023, 20:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2023, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia menampilkan Datuk Abd. Shukor Mahmood yang juga merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (JPM) bagi menjelaskan secara terperinci mengenai penganjuran majlis berkenaan.

Menurut beliau, Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 merupakan sebuah majlis penyampaian amanat oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Majlis berkenaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dijangkakan majlis bermula pada pukul 2.00 petang.

Datuk Abd. Shukor Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (JPM).

Tambah beliau, penganjuran pada tahun ini mempunyai perbezaan berbanding daripada penganjuran sebelumnya. Jika dahulu amanat disampaikan dalam bentuk rakaman, namun pada kali ini amanat berkenaan disampaikan secara langsung oleh YAB Perdana Menteri di hadapan audiens yang terlibat. Sasaran audiens yang hadir dijangkakan adalah sebanyak 5000 orang.

Kita akan melibatkan jemputan bukan sahaja pegawai awam, malah turut memanggil komuniti, belia, pelajar sekolah dan juga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Selain daripada pengisian majlis penyampaian amanat, beliau turut menjelaskan bahawa terdapat juga pameran galeri dan persembahan lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat patriotik.

Saya berterima kasih kepada pihak arkib kerana sudi mengendalikan pameran tentang sejarah negara kita sehinggalah merdeka dan sebagainya. Hal ini dapat menambah baik kesedaran terhadap golongan muda tentang peri pentingnya untuk menuntut kemerdekaan yang bukan suatu perkara mudah.

Tegas beliau lagi,

YAB Perdana Menteri akan memberikan ucapan kepada semua hadirin yang pelbagai etnik, agama, bangsa dan juga golongan. Ada pekerja, pelajar dan sebagainya, maka seiring dengan tema kemuafakatan, kita lebih dikaitkan dengan perpaduan. Jadi dengan berada di situ kita akan merasai semangat kekitaan dan kebersamaan.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat juga siaran langsung secara atas talian akan disediakan untuk membolehkan seluruh masyarakat mengikuti majlis amanat berkenaan. Ia akan diuar-uarkan dari semasa ke semasa.

Dengan adanya Hari Kebangsaan ini kita menyemarakkan semangat kekitaan dan kita tunjukanlah bahawa Malaysia ini rakyatnya bersatu padu dan makmur, selaras dengan tekad perpaduan penuhi harapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.