Oleh Lutfi Zahid
20 Januari 2024, 23:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Yang Berhormat Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, menyampaikan amanat kepada warga KPM dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YB Menteri Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendahuluan 

  1. Pada tahun 1915, John Dewey menulis sebuah buku yang bertajuk “Schools of Tomorrow” (Sekolah Masa Hadapan). Aspirasi lebih seabad yang lalu itu mengidamkan sekolah alternatif yang mempunyai ciri-ciri seperti sekolah yang menekankan kemanusiaan, membebaskan, bersifat luwes dan meraikan kreativiti.
  1. Kini, pada tahun 2024, setelah lebih seratus tahun, usaha ke arah mencipta sekolah yang diidamkan masih lagi belum dapat dicapai oleh banyak negara di dunia, termasuk negara maju. Tambahan pula, kita sedang berada pada zaman pascanormal, yang dalam situasi ini, penting untuk kita semua bersedia beradaptasi, mencari inovasi dan membina pemahaman yang baharu.

Era Pascanormal dan Megatrends

  1. Dalam konteks pendidikan Malaysia, era pascanormal ini, seperti isu peluasan ruang lingkup pembelajaran, peningkatan skala impak, percepatan perubahan dan kejadian serentak memerlukan adaptasi yang Kesan era pascanormal mungkin termasuk kesan perubahan alam sekitar yang kompleks, cabaran perubahan nilai dalam masyarakat serta dinamik sains dan teknologi yang sukar diramalkan.
  1. Era pascanormal mengingatkan kita bahawa pendekatan tradisional mungkin tidak lagi mencukupi untuk menghadapi cabaran semasa. Hal ini memerlukan pemikiran yang lebih kreatif, kesediaan untuk menerima kepelbagaian dan pertentangan dan keupayaan untuk menavigasi dalam keadaan yang rumit atau kompleks dan tidak tetap.
  1. Dalam konteks global hari ini, megatrends atau trend mega merupakan pendorong utama yang membentuk landskap dunia sekarang dan pada masa akan datang. Megatrends mencerminkan pemahaman kolektif kita tentang arah masa depan dan dikenal pasti melalui impaknya yang meluas, merangkumi  corak  global berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan alam sekitar.
  1. Megatrends global termasuk pertumbuhan teknologi, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), kelestarian dan perubahan iklim ekstrem, ekonomi gig yang semakin dominan serta perubahan demografi yang mencakupi penuaan populasi, telah memberikan impak yang signifikan terhadap sektor pendidikan.
  1. Pendidikan sepanjang hayat menjadi semakin penting diterapkan melalui pendekatan pembelajaran jarak jauh dan dalam talian yang disokong oleh teknologi. Inovasi dan ketangkasan sektor pendidikan menjadi penting untuk mempersiapkan generasi masa hadapan menghadapi dinamik dunia yang terus berubah.
  2. Persoalannya, bagaimanakah rupa sekolah masa hadapan yang kita harapkan?

 Pendidikan Harapan 

  1. Paulo Freire, tokoh pembaharuan pendidikan Brazil, dalam karya-karyanya seperti “Pedagogy of Hope: Reliving Pedagogy of the Oppressed” dan “Daring to Dreams: Towards Pedagogy of the Unfinished“, menggariskan kepentingan harapan dalam pendidikan. Bagi beliau, tanpa harapan atau impian, pendidikan kehilangan rohnya.
  1. Beliau memperjuangkan konsep “education of hope“, iaitu pendidikan yang memberikan keberanian untuk bermimpi dan terus berharap, walaupun ditentang dengan gelombang perubahan yang ganas dalam Freire menekankan pentingnya pendidikan yang berani melawan elemen yang mengancam nilai dan falsafah pendidikan serta menentang kebobrokan ekosistem yang merosakkan idealisme pendidikan. Persoalannya, apakah nilai dan falsafah pendidikan yang kita pegang dalam mengemudi pendidikan kebangsaan?

 PISA 2022, Apakah yang Kita Belajar? 

  1. Ketika dunia dilanda pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, kita melihat ekosistem pendidikan sedia ada di seluruh dunia telah terganggu yang memaksakan daripada 81 buah negara yang menyertai PISA 2022, untuk literasi Matematik, 58 buah negara merosot; literasi saintifik, 36 buah negara merosot; manakala untuk untuk literasi bacaan, 55 buah negara merosot; akibat tahap kekurangan negara masing-masing dalam menangani pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa pandemik.
  1. Pengalaman ini juga dirasai di negara kita. Begitu banyak murid tidak dapat bersekolah apabila persekolahan dijalankan secara digital sepenuhnya. Bagi negara ini, dapatan PISA 2022 jelas menunjukkan buat kali pertama, kesan yang begitu parah akibat persekolahan berubah serta-merta, apabila murid dipaksakan untuk belajar secara jarak jauh tanpa mengira status Istilah miskin digital, keciciran pembelajaran dan generasi yang hilang disebut semula.
  1. Kemerosotan ini memang dijangkakan, namun yang menarik perhatian ialah negara yang berupaya meningkatkan pencapaian dalam keadaan Dalam konteks Malaysia, bagi literasi Matematik misalnya, hampir semua murid menunjukkan kemerosotan, namun murid berpencapaian tinggi merosot teruk sehingga 40.2 mata berbanding dengan murid berpencapaian rendah yang turut merosot dalam lingkungan 18.7 mata. Dalam konteks status sosioekonomi, pencapaian murid yang berkelebihan juga merosot lebih teruk untuk ketiga-tiga literasi matematik, saintifik dan bacaan berbanding dengan murid yang tidak berkelebihan. 
  1. Saya ingin mengajak saudara semua untuk menghayati dua aspek pokok yang menjadi landasan bagi Ekonomi MADANI yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Julai 2023. Pertama, inisiatif ini bertujuan untuk mereformasi ekonomi Malaysia agar dapat menjadi peneraju ekonomi di rantau Asia Kedua, memberikan kehidupan yang berkualiti kepada rakyat hasil daripada tujahan ekonomi yang mantap.

Reformasi Pendidikan 

  1. Setelah setahun berlalu, sejak pemerintahan Malaysia MADANI, kita telah bersama-sama mengambil langkah untuk mendengar dan kemudiannya merancang langkah- langkah pembaikan sistem pendidikan negara.
  1. Keterlibatan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), serta warga pendidik dari pelbagai peringkat, termasuk badan masyarakat sivil, pakar-pakar dari institusi pengajian tinggi, ibu bapa, dan komuniti telah membuktikan keterbukaan pihak kerajaan dalam mengiktiraf kebijaksanaan masyarakat.
  1. Reformasi yang dilaksanakan bermatlamat memberikan keadilan kepada semua lapisan masyarakat dan memastikan setiap anak menerima dan mendapat akses pendidikan Namun begitu, kita perlu ingat bahawa perubahan seperti dalam konteks kurikulum, buku teks, pentaksiran, latihan guru dan sebagainya, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan secara serta-merta atau sekadar untuk kesan kosmetik.
  1. Kita perlu memastikan bahawa perubahan yang dilakukan membawa inovasi untuk penambahbaikan yang Justeru, empati, kesabaran dan keterlibatan positif kita dalam proses perubahan ini adalah kunci untuk memastikan masa depan generasi akan menjadi lebih cerah melalui pendidikan yang berkualiti.
  1. Oleh hal yang demikian, kita patut terus bersikap introspektif, mengakui ketidaksempurnaan, namun dengan keberanian dan ketegasan untuk menyusun intervensi yang lebih baik demi meneruskan perjalanan Adakah terdapat kelemahan? Tentu ada. Tetapi, adakah terdapat kekuatan? Pasti ada.
  1. Kini, kita dalam proses, dengan izin Allah, melalui usaha berterusan untuk penambahbaikan, kita mampu mencapai lebih banyak pencapaian. Bersabarlah, kita sedang melalui perubahan secara berhati-hati. Reformasi merupakan langkah demi langkah menuju kepada perubahan yang positif. Dengan sikap optimis dan kolaborasi, kita dapat mencapai perubahan yang positif dalam pendidikan negara kita.

Retrospeksi 2023 

  1. Pendidikan manusiawi merupakan satu konsep kemanusiaan yang dipraktikkan secara menyeluruh di KPM untuk memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua dan tiada siapa yang terpinggir. Oleh sebab itu, sebelas langkah perubahan penting dan signifikan ingin saya paparkan kembali dalam memaknakan pendidikan manusiawi dan mengangkat karamah insaniah warga pendidikan. Antaranya termasuklah:
  • Pada tahun 2023, sebanyak 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, dengan hampir 80% adalah di Sabah dan Sarawak;
  • KPM juga telah memperuntukkan RM70,000 kepada semua sekolah kerajaan bagi projek naik taraf tandas sekolah dan penyelenggaraan kecil;
  • Mengisytiharkan “dosa besar” dalam KPM iaitu buli, jenayah seksual dan perkauman dan mengeluarkan sejumlah garis panduan baharu untuk membanteras salah laku buli dan gangguan  seksual;
  • Menguatkuasakan tujuh langkah dalam mengurangkan beban tugas guru seperti melanjutkan masa mengisi kehadiran harian murid, membuka pelantikan pengawas SPM dalam kalangan bukan guru dan pemberian autonomi untuk menguruskan kandungan PdP dan pentaksiran berasaskan DSKP;
  • Memulakan inisiatif tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama persekolahan dan digantikan dengan kelas pembentukan karakter dan suai kenal;
  • Pemberian bantuan awal persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengira status sosioekonomi keluarga dengan implikasi kewangan sebanyak RM766 juta;
  • Memperluas akses pendidikan kepada masyarakat peribumi, orang asli dan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen, dengan pembinaan 10 buah Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan 2 buah Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) serta Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan; 
  • Dalam konteks memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, sebanyak 6270 buah sekolah di Malaysia menawarkan pendidikan prasekolah manakala sebanyak 24 buah prasekolah lagi ditawarkan di IPG;
  • Melancarkan Dasar Pendidikan Digital yang menjadi asas kepada inisiatif lain ke arah melahirkan generasi fasih digital dan pendigitalan pendidikan dalam ekosistem pendidikan negara; 
  • Meletakkan asas kepada kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang bermatlamat untuk melahirkan insan sejahtera melalui beberapa pendekatan baharu termasuk memberikan fokus kepada pendidikan karakter; dan
  • Memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian baju sukan semasa cuaca panas.
  1. Selain sebelas perkara ini, terdapat juga inisiatif reformasi pendidikan yang telah kita mulakan secara beransur-ansur dan istiqamah. Misalnya, dalam tidak sedar, kita sedang dalam proses mengembalikan takwim persekolahan ke bulan Januari dan barangkali inisiatif yang paling membahagiakan guru ialah penambahan pengambilan guru baharu secara signifikan. Hingga bulan Disember 2023 sahaja, KPM berjaya membuat penempatan seramai 18,792 orang guru baharu bagi tahun 2023 dan akan bertambah lagi sebelum berakhir sesi penggal persekolahan 2023/2024.

Prakarsa Pendidikan MADANI: Pendidikan Manusiawi

  1. Menyedari hakikat ini, saya menetapkan Lima Prakarsa Pendidikan MADANI sebagai pilar utama dan pusat pergerakan kementerian pada tahun ini. Prakarsa ini dirangka berdasarkan Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM seperti yang berikut:
  • PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI 1: Akses Pendidikan Saksama 
  1. UNESCO mentakrifkan pendidikan inklusif sebagai a process of addressing and responding to the diversity of needs of all learners”. Berdasarkan takrifan UNESCO ini, jelas bahawa pendidikan merupakan hak setiap individu di sesebuah negara. Tidak wajar untuk mana-mana golongan dalam negara ini terpinggir daripada menerima pendidikan hanya kerana perbezaan status sosial dan kebolehan mereka.
  1. Dalam usaha untuk menggalakkan pendidikan inklusif, fokus utama adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid dan memastikan akses pendidikan yang saksama untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), B40, Orang Asli dan kanak-kanak tanpa dokumen. Tindakan ini dianggap sebagai jalan keluar daripada kemelut kemiskinan dan KPM akan memberikan perhatian khusus kepada isu kemiskinan multidimensi murid, terutamanya daripada keluarga. Hal ini melibatkan penanganan aspek malnutrisi, penyediaan peranti dan pengoptimuman ruang pembelajaran. Peluang dan akses ini tidak hanya berpotensi mengubah nasib keluarga, tetapi juga memberikan harapan untuk generasi mendatang yang lebih cerah.
  1. Bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa, pada tahun ini, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum Peluasan syarat ini akan memberikan peluang kepada 35 ribu lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP. Kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini. Keseluruhannya, 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.
  1. Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan Bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid. Bantuan BAP disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing. KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak- anak bagi menghadapi permulaan sesi persekolahan.
  1. Bagi pendidikan masyarakat Asli dan peribumi, kerajaan akan terus memperluas konsep K9 dan pelaksanaan K11. Hal ini akan memberikan manfaat juga kepada masyarakat yang tinggal di pinggir bandar, pedalaman dan pulau untuk mendapatkan akses pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran.
  1. KPM juga akan terus memperkasakan dan melindungi kesejahteraan murid berkeperluan khas. Dalam Belanjawan 2024, diperuntukkan kos sebanyak RM180 juta ringgit bagi membina 18 blok baharu pendidikan Ini antaranya melibatkan SMK Kubang Rotan, Kedah; SK Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis. Peruntukan sejumlah RM30 juta ringgit juga disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra OKU bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah.
  • PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI 2: Peluasan Dasar Pendidikan STEM dan TVET 
  1. KPM telah mengambil langkah strategik untuk memperkukuh STEM dan meningkatkan penyertaan dalam bidang ini melalui pelbagai inisiatif. Pembentukan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan STEM, kerjasama merentasi agensi, serta peningkatan infrastruktur dan makmal komputer sekolah menjadi fokus Peningkatan minat murid dalam STEM, mencapai 45.73% pada tahun 2023, memberikan dorongan positif, yang diharapkan akan diperkukuh dengan peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2024.
  1. Dalam konteks pendidikan prasekolah dan sekolah rendah, penekanan akan diberikan kepada pendidikan STEM dengan tambahan elemen kesenian sebagai pendekatan inovatif dan kreatif untuk menarik minat murid dalam pemikiran revolusi dan pembelajaran abad ke-21, dikenali dengan STEAM (Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan), Art (Seni) dan Mathematics (Matematik). Tahniah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng, Nibong Tebal, Pulau Pinang yang memulakan Program Rintis STEAM dan Makmal STEAM pada tahun lepas.
  1. KPM juga mendorong Perkongsian Pintar Kerajaan- Swasta untuk meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan menekankan peranan sekolah swasta sebagai rakan Selain pendidikan STEM, TVET juga menjadi fokus, dengan peningkatan keupayaan institusi dan sistem, peningkatan kualiti program, dan kerjasama dengan industri untuk memastikan kebolehpasaran graduan TVET.
  1. Selain itu, KPM berusaha untuk memperkasakan guru STEM melalui kerjasama dengan Yayasan Petronas dengan melaksanakan Program Duta Guru YP-KPM. Program ini mampu mengembangkan keupayaan 4,500 orang guru STEM terutamanya dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui program jangka panjang bersama-sama dengan industri. Upaya ini sejajar dengan inisiatif merangkumi Dasar Pendidikan Digital, DSTIN 2021-2030, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan NIMP 2030.
  1. Semua usaha ini bertujuan untuk memastikan keselarasan dalam pendidikan yang mencerminkan kehendak pasaran dan keperluan industri serta pemupukan bakat, menjadikan pendidikan di Malaysia relevan dan dinamik.
  • PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI 3: Peningkatan Mutu Pendidikan Bahasa Inggeris 
  1. Sebagai langkah proaktif dan berterusan dalam memartabat bahasa Melayu di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah strategik dengan menggalakkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan warga pendidikan pada pelbagai peringkat selain penekanan pada aspek mutu penggunaan bahasa Melayu.
  1. Usaha ini penting dalam menjadikan bahasa Melayu tidak hanya sebagai bahasa rasmi, tetapi juga sebagai tonggak kepada proses pembentukan negara bangsa dan bahasa ilmu yang Langkah-langkah ini mencerminkan komitmen yang berterusan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai aset kebangsaan yang penting. Pada masa yang sama, usaha yang lebih keras diperlukan untuk meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris.
  1. Untuk meningkatkan mutu pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia, beberapa program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh KPM dan akan terus diperkukuhkan. Antara program utama termasuklah Professional Upskilling for English Language Teachers (Pro-ELT), Enhance (ProELT), yang bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru mengikut piawaian Common European Framework of Reference (CEFR). Pada tahun 2024, sasaran program adalah untuk melatih 8,000 guru opsyen bahasa Inggeris. Setakat tahun 2023, sebanyak 52.56% daripada keseluruhan guru bahasa Inggeris di bawah KPM telah berjaya mendapat tahap CEFR C1.
  1. Pada waktu ini, KPM sedang giat melaksanakan inisiatif Highly Immersive Program (HIP) dengan Whole School Approach untuk memastikan penggunaan bahasa Inggeris secara menyeluruh dalam kalangan warga Kejayaan program ini dicerminkan dengan pencapaian sebanyak 96% daripada 10,000 sekolah yang telah mencapai tahap Immersive 3 dan 4 pada tahun 2023. Program HIP melibatkan aktiviti di dalam dan luar kelas, serta melibatkan seluruh warga sekolah, dan akan ditingkatkan dengan pendekatan lebih agresif pada tahun ini.
  1. Semua program dan inisiatif ini menekankan keperluan pedagogi bahasa Inggeris yang baik sebagai kunci untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan Untuk itu, mengikut unjuran KPM, sekurang-kurangnya 10,196 guru bahasa Inggeris baharu diperlukan dalam tempoh lima tahun ke hadapan. Melalui pendekatan yang holistik dan pelaksanaan pelbagai program, diharapkan mutu pendidikan bahasa Inggeris dapat terus ditingkatkan di Malaysia.
  • PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI 4: Membina Ekosistem Pendidikan Digital 
  1. KPM melancarkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) pada 28 November 2023, sebagai satu langkah utama dalam menyokong agenda pendigitalan yang ditekankan oleh Kerajaan KPM telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk Pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), yang menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Ini termasuk Recognition of Excellence 2023 daripada OpenGovAsia, Special Mention: The Inter-Agency Award oleh GovInsider, dan Learning Pioneer Country Award 2024-2025 daripada UNICEF. Ini membuktikan bahawa komitmen KPM dalam menyediakan sumber pendidikan berkualiti melalui DELIMa.
  1. DELIMa tidak hanya menyediakan pelbagai sumber pendidikan digital terkini, tetapi juga merangkumi akses kepada alat kecerdasan buatan seperti Bard, Perplexity, Claude, Conker, dan Chat KPM sedang memantapkan DELIMa untuk melaksanakan analitik data berbantukan kecerdasan buatan, memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh dan bermakna untuk murid.
  1. KPM juga akan memperkuat akses kepada sumber pembelajaran digital di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui inisiatif memperkasa Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP). Sebagai Pusat Kecemerlangan, PKG dan SSTP diberi peralatan dan perkakasan studio digital serta hab penghasilan digital pada Disember 2023.
  2. Fokus seterusnya adalah untuk menyemarakkan penggunaan Pusat Kecemerlangan sebagai pusat untuk peningkatan kompetensi digital murid dan guru, hab pembangunan kandungan digital berkualiti, serta wadah percambahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 
  1. Selain itu, Advance Integrated NILAM System (AINS) dibangunkan melalui Program MyHackathon Kohort 2/2022 yang dipacu oleh MOSTI dan Cradle Fund Sdn Bhd sebagai agensi pelaksana dalam meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi.
  1. AINS yang dibangunkan merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual yang telah digunakan sejak tahun AINS dilengkapi dengan permainan, penilaian dan cadangan bahan bacaan. Aplikasi interaktif ini membolehkan murid mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus bagi menggalakkan mereka membaca.
  1. Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.
  1. Menyedari kepentingan untuk meningkatkan kadar pembacaan rakyat Malaysia, adalah diharapkan aplikasi AINS ini dapat menggalakkan murid untuk lebih aktif membaca, dalam masa yang sama, menyumbang kepada perkembangan literasi membaca dan maklumat dalam kalangan murid.
  1. KPM merangka strategi pelaksanaan bagi menambah baik ekosistem pendigitalan dan pembudayaan digital, termasuk peningkatan bilangan Guru Jauhari Digital kepada 800 orang pada tahun ini. Setiap kemudahan yang disediakan adalah untuk membantu guru dan murid, memudahkan cara penyampaian pengajaran, dan membentuk generasi sumber daya manusia yang kompeten, fasih digital, kompetitif, bersahsiah, kukuh jati diri, dan kalis masa hadapan.
  1. Dengan kata lain, walaupun penguasaan teknologi membuka pintu kepada peluang inovasi dan meningkatkan kecekapan dalam urusan harian, penting untuk diingat bahawa peranannya seharusnya terbatas sebagai alat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan, menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendidikan manusiawi tetap memiliki relevansi yang tinggi untuk membentuk individu yang bertanggungjawab, peka terhadap keperluan sosial, dan memiliki pemahaman yang mendalam terhadap etika dalam pemanfaatan teknologi.
  • PRAKARSA PENDIDIKAN MADANI 5: Ekspresi Aspirasi Malaysia MADANI 
  1. Hari ini, kita berkumpul di sini untuk merakamkan komitmen dan aspirasi negara kita menuju Malaysia Bagi menyemarakkannya, KPM akan mewujudkan inisiatif yang mengekspresikan aspirasi Malaysia MADANI dengan memperkenalkan acara Pidato MADANI dan Debat Piala Menteri Pendidikan dalam pelbagai peringkat persekolahan. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan platform kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan dan aspirasi mereka, membina kefahaman yang lebih mendalam tentang nilai dan rukun yang menjadi pedoman dalam bersama-sama memaknakan negara Malaysia ini.
  1. Dalam perjalanan menuju Malaysia MADANI, tema-tema besar seperti penerapan nilai menghargai kepelbagaian dalam bingkai kesatuan, berupaya membentuk kesepaduan antara kaum, wajib menjadi landasan utama. Kita percaya bahawa keharmonian antara pelbagai lapisan masyarakat adalah kunci kejayaan pembinaan sebuah negara MADANI yang berdaya Sambil mengekalkan keunikan budaya masing-masing, kita berusaha bersama-sama untuk mencapai kesejahteraan bersama.
  1. Begitu juga tema penjagaan terhadap kelestarian alam sekitar menjadi teras utama dalam aspirasi Malaysia Kami berkomitmen untuk memastikan pembangunan negara tidak menjejaskan ekosistem semula jadi kita. Ini melibatkan pengamalan teknologi kecerdasan buatan dalam proses pendidikan dan inovasi harian, sebagai langkah progresif untuk menyokong pembangunan lestari.
  1. Sementara itu, kita juga berusaha mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memberikan keutamaan kepada pembinaan insan Ini melibatkan pembentukan karakter bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya saing, dan berkemahiran tinggi. Maka itu, inisiatif terkait pendidikan karakter bangsa Malaysia bagi membina Generasi MADANI (GenMADANI) akan diperluas ke seluruh negara yang seterusnya akan menjadi tunas pemuda-pemudi sukarelawan MADANI.

Penutup 

  1. Kepada semua pendidik dan pemimpin pendidikan, pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Generasi murid kini telah ke hadapan dari segi teknologi. Perhebatkan pengajaran dan pembelajaran dalam diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21. Pembelajaran harus menyeronokkan murid untuk kekal di sekolah.
  1. Kepada pegawai di Kementerian, JPN dan PPD, jadilah pemikir dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling Jadilah perancang yang dapat mengagihkan dan menggunakan sumber yang ada secara optimum dan bantuan disalurkan secara bersasar. Jadilah pemimpin yang berempati agar dapat melestarikan dan memperhebat pelaksanaan semua program pendidikan dan saling menyokong antara bahagian dan pegawai untuk memastikan reformasi pendidikan kekal di landasan yang betul. Tiga strategi dalam Kerangka Strategik Malaysia MADANI (KSMM) dan Pemetaan Inisiatif-Inisiatif Kementerian perlu difahami dan diterjemahkan sebaik-baiknya.
  1. Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan- puan sekalian terus istiqamah dan beriltizam dalam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi sepanjang Saya yakin dan percaya bahawa kita semua dapat membina satu pasukan yang mantap dan kukuh sekiranya kita semua bersatu hati dengan sepakat untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2024.
  1. Sekiranya kita sederap senada, seia sekata demi mencapai segala yang telah kita gariskan dalam setiap perancangan, dan berusaha mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang, Insya-Allah kita akan berjaya.
  1. Marilah kita bekerja sebagai satu kementerian, iaitu secara berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta tekad kita demi merai dan mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid untuk kejayaan anak-anak Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan bidang pendidikan mendapat keberkatan-Nya.
  1. Saya tinggalkan tuan-tuan dan puan-puan dengan petikan puisi karya HAMKA yang bertajuk Nikmat Hidup:

 

Pahlawan budi tak pernah nganggur

khidmat hidup sambung bersambung

kadang turun kadang membumbung

sampai istirahat di liang kubur.

 

Tahan haus tahanlah lapar

bertemu sulit hendaklah tenang

memohon-mohon jadikan pantang

dari mengemis biar terkapar

hanya dua tempat bertanya

pertama Tuhan, kedua hati

dari mulai hidup sampai pun mati

timbangan insan tidaklah sama.

 

Wahai diriku teruslah maju

di tengah jalan jangan berhenti

sebelum ajal janganlah mati

keredaan Allah, itulah tuju.

 

Makalah ini disesuaikan daripada teks ucapan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek, bersempena dengan Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YB Menteri Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.