Oleh Jamiaton Kusrin
2 Februari 2024, 12:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Program kerjasama dan menandatangani LOI antara Martial Arts and Combat Sports Research Network (AIRBORNE), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam (SKS9) telah berlangsung pada petang tadi di Bilik Mesyuarat Utama, FSR.

Sesi perbincangan berkaitan dengan memperkasakan kerjasama antara kedua-dua belah pihak menerusi pelbagai program berimpak berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, FSR.

Majlis tersebut bertujuan memperkasakan kerjasama antara kedua-dua belah pihak menerusi pelbagai program berimpak yang diadakan secara berkala dari semasa ke semasa.  Tumpuan utama diberikan membabitkan pelibatan pelajar, guru dan komuniti setempat.

Sebagai pengasas AIRBORNE, FSR UiTM Shah Alam, PM Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie berkata,

Kami mengalu-alukan pelibatan SKS9 dan menerima sebarang bentuk cadangan dengan tangan terbuka.

Pemberian cenderamata.

Sementara itu, Guru Besar SKS9, Puan Anis Iberahim berkata,

Kerjasama ini sangat tepat pada masanya memandangkan pihak FSR, UiTM Shah Alam mempunyai kepakaran yang tersendiri dan boleh dimanfaatkan secara bersama dengan SKS9 ke arah Transformasi 25 (TS25).

Pelbagai perkara dibahaskan dalam sesi perbincangan santai yang mewarnai sepanjang majlis berlangsung.

Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani LOI diwakili oleh YM PM Dr. Raja Mohamed Firhad Raja Azidin bagi pihak FSR, UiTM Shah Alam dan Puan Anis Iberahim.

Menerusi perkongsian dan kerjasama strategik, harapan dan impian yang terpancar di wajah para guru SKS9 untuk turut bersama menggembleng tenaga dengan AIRBORNE FSR, UiTM akan terlaksana dalam masa terdekat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.