Oleh Rashid Ating
18 Mac 2024, 10:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Beberapa perubahan akan dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menurut YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi semasa Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas, 2024 di Parlimen.

Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk memperkasakan lagi sistem pendidikan negara, di samping peluncuran beberapa dasar dan pelan terbaharu bertujuan untuk menggantikan dasar dan pelan yang akan mencapai tempoh akhir pelaksanaannya.

Pada masa yang sama, perubahan ini juga untuk memenuhi pasaran semasa dunia dan domestik yang dilihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini lebih cenderung kepada kecerdasan buatan (AI)

Antara perubahan tersebut termasuklah reformasi pendidikan tinggi, dasar dan pelan yang akan diluncurkan pada tahun 2024; dan pemerkasaan bidang akademik dan kedudukan negara.

Reformasi Pendidikan Tinggi

  1. Penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC).
  2. Memperkenalkan Transformasi Politeknik 2023-2030.
  3. Membangunkan Kertas Polisi “New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy to Enchance Higher Education in Malaysia”.

Dasar dan Pelan

  1. Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035.
  2. Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi 2024–2030.
  3. Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024–2030.

Pemerkasaan Bidang Akademik dan Kedudukan Negara

  1. Merealisasikan agenda negara ke arah membangunkan bakat mahir yang memenuhi kehendak industri dan graduan kalis masa hadapan.
  2. Membangunkan Kerangka Pembangunan Program Teknologi Tinggi Bernilai Tinggi.
  3. KPT dengan Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia:
  • Program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI) telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT).
  • Kohort pertama program ini akan memulakan pengajian mereka pada Oktober 2024.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.