Diterbitkan pada 24 Mac 2024, 15:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat untuk menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Pavilion Perlis, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Segambut, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Harumango Sdn. Bhd. telah menandatangani MoU Pakej Agropelancongan dengan pihak Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn. Bhd. dan Antar Holiday & Convention Sdn. Bhd.

Harumango Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Rick Cheng Wooi Seong, manakala Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn. Bhd. pula oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Nellsen Young, dan Antar Holiday & Convention Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Vincent Tey.

Harumango menjalankan kerjasama dengan Smart Leisure dan Antar Holiday yang antaranya termasuklah pakej lawatan dua (2)hari satu (1) malam ke Ladang Harumango dan beberapa lokasi yang menarik di Perlis.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

Ladang Harumango yang cukup terkenal itu terletak di Bukit Chuping, Perlis mengusahakan buah Harumanis gred premium yang mendapat sambutan hingga ke Singapura.

Kerjasama ini juga merupakan antara usaha pemain industri pelancongan di dalam mahupun luar Perlis untuk sama-sama berusaha bagi merancakkan dan memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung.

Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi