Oleh Jamiaton Kusrin
28 April 2024, 16:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sesi bergambar selepas tamatnya Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat Sekolah Sesi 2024/2025 di FSR, hari ini.

Shah Alam – Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam bersama-sama Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 (SKS9), Shah Alam Selangor menganjurkan Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat Sekolah Sesi 2024/2025 bertempat di FSR, baru-baru ini.

Penyelaras Program Komuniti, Profesor Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie berkata,

Kegiatan ini merupakan sumbangan FSR kepada komuniti setempat untuk dimanfaatkan bersama.

Menurut beliau, penganjuran kursus ini bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar dalam memajukan aktiviti kokurikulum sekolah.

Selain akademik, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, kelab, persatuan, sukan dan permainan menyumbang kepada pembangunan holistik pelajar secara menyeluruh.

Sebanyak 150 orang pelajar yang terdiri daripada tahun 5 dan tahun 6 bersama-sama 30 orang guru SKS9 telah terlibat dalam kursus berkenaan.

Sebanyak 150 orang pelajar SKS9 hadir dalam Kursus Kepimpinan Kokurikulum Peringkat Sekolah Sesi 2024/2025.

Pelibatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) yang turun padang berganding bahu bersama-sama pensyarah FSR sepanjang program berlangsung memang tepat pada masanya.

Tambah Profesor Madya Dr. Mohamad Nizam,

Hal ini memberikan peluang kepada pelajar SKS9 terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti menarik yang memberikan pengalaman yang menyeronokkan, bahkan sangat mengujakan.

Majlis penutup tersebut disempurnakan oleh Guru Besar SKS9, Puan Anis Iberahim.

Dalam ucapan majlis penutupan, beliau berpesan,

Sebagai bakal pemimpin, pelajar perlu berani dan terus bergiat aktif dalam aktiviti yang disertai agar lebih banyak pengetahuan dan pengalaman berharga diperoleh dalam mendepani cabaran mendatang.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi beberapa kategori yang dipertandingkan turut menceriakan suasana.

Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program tersebut.

Pihak pengurusan SKS9 menaruh harapan tinggi agar pelibatan FSR bersama-sama komuniti tekal berterusan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.