2 Jun 2024, 11:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa inisiatif penebusan dan penggunaan baucar buku telah dibuka hingga 31 Disember 2024.

Inisiatif ini yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menerima sambutan yang amat menggalakkan sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lalu.

Sejak pelancarannya, lebih daripada 23,000 baucar buku telah berjaya ditebus oleh murid dan pelajar melalui aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital.

Hal ini menunjukkan bahawa minat dan keperluan yang tinggi dalam memperoleh bahan bacaan dalam kalangan komuniti pelajar di bawah KPM.

KPM ingin memastikan bahawa semua pelajar mempunyai peluang yang cukup untuk menebus baucar buku mereka dan menggunakan bahan bacaan yang terbaik bagi meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran mereka.

Oleh itu, menurut KPM, tempoh penebusan dan penggunaan baucar tersebut telah dilanjutkan seperti menurut KPM, iaitu;

Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku ini bagi murid dan pelajar di institusi pendidikan di bawah KPM adalah dari 31 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024.

Tambah KPM lagi;

Murid dan pelajar tidak perlu bimbang kerana tempoh masa yang mencukupi telah diberikan untuk menebus baucar buku masing-masing

KPM turut berharap bahawa inisiatif baucar buku ini akan memberikan manfaat kepada semua pelajar, sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membentuk generasi yang berilmu, berfikiran kritis, dan berwawasan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.