2 Jun 2024, 14:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar “Golongan wanita pada era ini diharapkan akan terus berupaya bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan digital yang memacu pembentukan generasi masa hadapan yang cemerlang.”

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Perlis di Hotel Putra Regency, Persiaran Jubli Emas, Kangar.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Puan Muda disambut oleh Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Perlis, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman.

Pengerusi WI Negeri Perlis itu dalam ucapannya menyatakan bahawa WI Negeri Perlis bercadang untuk melaksanakan beberapa aktiviti untuk tahun ini dan berharap agar ahli-ahlinya akan memberikan kerjasama penuh dan menyertai program yang akan dilaksanakan.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama WI Perlis dalam menjayakan program anjuran WI Malaysia, dan mengucapkan syabas kepada semua yang telah berusaha menjayakan mesyuarat Agung Tahunan WI Perlis yang ke-69 ini.

Pada majlis tersebut juga Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian dan mengurniakan lencana ahli seumur hidup kepada Puan Merduwati Mohamud dan Encik Huzaini Abdul Hamid.

Yang turut disampaikan ialah pengurniaan ahli cawangan WI teramai kepada cawangan Banggol Sena dan Cawangan Kangar. WI Negeri Perlis akan terus memainkan peranannya dan proaktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan golongan wanita di negeri ini.

Raja Puan Muda Perlis mengadalan lawatan aktiviti WI ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Perlis di Hotel Putra Regency, Persiaran Jubli Emas, Kangar.
Peserta dan ahli WI bergambar kenangan dengan Raja Puan Muda Perlis.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.