Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangShah Alam – Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) menganjurkan Kolokium Geran Penyelidikan Community Engagement – Social Innovation Research (CE–SIR) di Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, UiTM Shah Alam, baru-baru ini.
CNC memaklumkan bahawa kolokium CE–SIR bertujuan untuk membentangkan laporan prestasi projek yang telah menerima geran pada tahun 2023.
Selain itu, pelaporan prestasi itu juga penting untuk diketengahkan sebelum kelulusan Geran CE-SIR 2.0 seterusnya.
Ketua Projek KeBDA, Prof. Madya Sr. Dr. Rohayu Ab Majid yang berjaya memenangi anugerah Pencapaian KPI Terbaik dan Anugerah Istimewa IPR berkata,
KeBDA berperanan menyediakan laluan alternatif kepada penulis untuk menerbitkan buku dalam bentuk e-buku dan bukan sekadar buku fizikal semata-mata.
“Alhamdulillah, anugerah ini merupakan hasil kerjasama erat antara semua Ketua Unit di bawah KeBDA yang terlibat.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM, Syed Mohd Faisal Syed Ahmad yang membentangkan projek Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan berpendapat:
Minat, kesabaran dan ketelitian sangat penting untuk menghasilkan barangan logam yang berkualiti.
Beliau memaklumkan bahawa projek tersebut telah berjaya merangkul Anugerah Istimewa Juri dan dua anugerah lain.
Sebanyak lima kategori anugerah dipertandingkan dan senarai pemenang Anugerah Kolokium CE-SIR, seperti yang berikut:


Kelestarian Barangan Perak Tradisional Melayu di Kelantan, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
Majlis pembukaan dan penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Jaringan Komuniti, Prof. Madya Dr. Mahadir Ladisma @ Awis.
Dalam ucapan alu-aluannya, beliau mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang kepada ketua projek yang terlibat.
Maka demikian, beliau menyarankan agar pencapaian projek terus dipergiatkan dengan mendapatkan geran baharu bagi meneruskan kesinambungan projek yang lebih mapan dan lestari sifatnya.