Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 16 Jun 2025, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pahang – Bagi merapatkah ukhuwah dan perpaduan, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Kuantan telah melaksanakan Mesyuarat Agung kali ke-20 di Hotel Shazan Inn Kuantan, semalam.

YH Dato’ Sri Fauzi Abdul Rahman menyatakan bahawa PEKIDA mesti menjadi pertubuhan yang bertanggungjawab dan terus mendekati masyarakat.

Perasmian mesyuarat tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Hormat (YH) Dato’ Sri Fauzi Abdul Rahman, mewakili anak beliau YH Dato’ Farhan yang merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

YH Dato’ Sri Fauzi Abdul Rahman berkata,

 PEKIDA harus konsisten dalam mendekati masyarakat dengan pertubuhan yang bertanggungjawab, menunjukkan contoh yang baik, prihatin dan membela nasib anak bangsa. PEKIDA harus sentiasa  kekal relevan bukan hanya dalam hal menjaga warisan, malah turut berperanan dalam mendidik generasi muda dengan nilai murni.

Menurut Setiausaha PEKIDA Kuantan, Encik Mohd Khairul Azhar Abdul Rahim, hampir 200 orang ahli hadir kali ini membuktikan bahawa PEKIDA Kuantan berjaya merapatkan ukhuwah dan perpaduan ahli dengan mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, pendidikan, sukan dan program mendekati anak muda.

Sebahagian perwakilan bergambar kenangan bersama-sama.

“ Marilah kita bersama-sama memperkukuh saf perjuangan, menolak perpecahan dan membina negara ini dengan semangat kasih sayang, perpaduan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara kita Malaysia,” ujar Pengerusi PEKIDA Kuantan, Encik Dzulkhanain Mohd Mokhtar.

YH Dato’ Sri Fauzi Abdul Rahman bersama-sama Pengerusi PEKIDA Kuantan Dzulkhanain Mokhtar bergambar bersama-sama sebahagian perwakilan yang hadir.
Kredit Foto: Nasrul Isyam Abdul Hamid
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi