Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Sebanyak 39 pelajar terpilih dari Daerah Rompin telah mengikuti latihan intensif selama tiga hari dua malam dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan kepimpinan dan pembentukan jati diri bertempat di Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Kuantan melabuhkan tirainya di Rumah Pahang, semalam.

Majlis Penutupan Program Pahang Lead Tier 3 siri tiga daerah Rompin telah berlangsung petang kemarin di Rumah Pahang dan disempurnakan oleh mantan Ahli Parlimen Rompin, YB Dato’ Sri Hasan Arifin.
“ Kerajaan Negeri Pahang dan Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Pahang telah memperuntukkan sebanyak dua juta ringgit bagi program Pahang Lead dengan harapan untuk memberikan latihan dan melahirkan lebih banyak pemimpin dalam kalangan anak muda untuk dijadikan pelapis kepimpinan bagi negeri Pahang.” ujar YB Dato’ Sri Hasan Arifin.

Daripada jumlah 39 pelajar yang terpilih dalam Latihan Kepimpinan Pahang Lead Tier 3 Daerah Rompin, hanya enam peserta terbaik sahaja yang bakal akan dipilih untuk mewakili daerah ke Program Pahang Lead Tier 4 2025.





Seorang daripada peserta, Saudara Muhd Haiqal Haziem bin Mohd Faizal berkata, program ini melatih dan memberi kami persediaan jika ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai buah fikiran yang lebih matang, berfikir ke hadapan, bijak membuat keputusan, berani menempuh risiko dan yang paling penting mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam diri.
Turut hadir dalam majlis penutupan ialah Pengerusi Majlis Belia Daerah Rompin, Encik Aisamuddin Amirhakim Razali; Pegawai Pendidikan Daerah Rompin, YBrs. Tuan Haji Mohd Yazid Kamarudin; Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Sukairi Jafni Mat Seh dan Ketua Fasilitator Pahang Lead Tier 3, Encik Nasrul Isyam Abdul Hamid.