Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 17 Oktober 2025, 21:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Gambang – Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) terus membuktika kecemerlangan mereka apabila berjaya mengungguli Pertandingan One Page Resume sempena Kem Semarak Digital Generasi Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Seri Manja Boutique Hotel, Kuantan, pada 14 hingga 16 Oktober 2025 yang lalu.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) itu menghimpunkan pelajar daripada pelbagai peringkat pendidikan yang terdiri daripada kategori sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti serta golongan guru sekolah dalam usaha memperkasakan kemahiran digital, komunikasi dan inovasi.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Pembentangan Eco-Car bagi sekolah rendah, Robot Pengikut Garis untuk sekolah menengah,  Pertandingan One Page Resume bagi prauniversiti dan Penghasilan Video Kreatif ditujukan kepada guru KMPh.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan kepada pelbagai bengkel dan aktiviti berteraskan sains, teknologi dan komunikasi digital. Pelajar sekolah rendah mengikuti bengkel Asas Lakaran Kenderaan Solar, ECO-Car Tinkercad Lab, Pembinaan dan Perlumbaan Kereta Solar, serta Pembentangan Eco-Car, manakala pelajar sekolah menengah menyertai aktiviti Pengenalan Robot Pengikut Garis, Bengkel Pengukuhan Robot Pengikut Garis, dan Pertandingan Robot Pengikut Garis.

Bagi kategori prauniversiti, peserta mengikuti Bengkel Etiket dan Protokol Temuduga serta pertandingan One Page Resume, yang dikuasai sepenuhnya oleh pelajar KMPh dalam kategori tersebut,

Nur Damia Hannani Zuhaimi dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 serta sijil penghargaan. Naib juara dimenangi oleh Nor Atiqah Najwa Mohamad Nor Ismail yang membawa wang tunai RM150.00 dan sijil penghargaan, diikuti tempat ketiga disandang oleh Muhammad Ammar Adli Basahali yang berjaya membawa wang tunai RM100.00 serta sijil penghargaan.

Nur Damia Hannani dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan One Page Resume

Sementara itu,Tan Zi Yan dan Muhammad Hadi Imran Sulaiman masing-masing  menduduki tempat sagu hati dengan membawa pulang wang tunai RM50.00 beserta sijil penghargaan.

Tan Zi Yan berjaya menduduki tempat saguhati dengan membawa hadiah wang tunaio sebanyak RM50.00 serta sijil penghargaan.

Dalam majlis tersebut,pensyarah pembimbing, Encik Arizal Zainal Abidin  dari Unit Sains Komputer KMPh berkata, kemenangan pelajar KMPh berjaya menyapu bersih kesemua hadiah pertandingan ini terus membuktikan  keupayaan dan kreativiti pelajar matrikulasi dalam mempersembahkan diri secara profesional serta berdaya saing.

“Tahniah diucapkan kepada pelajar Kolej Matrikulasi kita atas kejayaan cemerlang memenangi kesemua lima hadiah Pertandingan One Page Resume yang disertai oleh empat institusi.

“Kejayaan ini membuktikan kehebatan, kreativiti dan usaha gigih anda semua. Terima kasih juga kepada para pensyarah pembimbing yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan,” katanya.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP),  YBhg.Encik Arman Mohd Togid.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa aktiviti seperti Robot Pengikut Garis amat relevan dalam memperkukuh pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kerana memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar dalam memahami aplikasi dunia sebenar.

Gambar para pelajar KMPh yang mememnagi keseluruhan  acara dalam pertandingan tersebut.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi