Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAlor Setar – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan melaksanakan segera kerja baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling susulan kejadian kebakaran yang berlaku pada semalam.
Kebakaran tersebut menjejaskan beberapa kemudahan sekolah termasuk pejabat pentadbiran, bilik darjah dan tandas. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.
Menurut JPN Kedah, siasatan terhadap punca kejadian sedang dijalankan selain penilaian kerosakan terhadap infrastruktur sekolah yang terjejas.
Kerja baik pulih akan dimulakan bagi memastikan operasi sekolah dapat dipulihkan dalam tempoh secepat mungkin.
Sebagai langkah sementara, SK Baling akan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).
JPN Kedah menegaskan bahawa keselamatan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan pihak jabatan.