Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Landskap Kuala Lumpur (KL) bakal menerima satu lagi mercu tanda ikonik dengan pembukaan Ombak KLCC pada suku pertama tahun 2026 yang dibangunkan oleh KLCC Property Holdings (KLCCP) dengan pelaburan bernilai RM2 bilion, sekaligus menjanjikan gabungan unik antara pengalaman peruncitan, seni, kebudayaan, dan ruang awam yang mendamaikan.
Ombak KLCC yang terletak berhampiran dengan Persiaran KLCC dan Jalan Binjai mempunyai reka bentuk seni bina bangunan yang diinspirasikan daripada elemen air yang membentuk ombak dan direka khusus sebagai ruang komprehensif untuk berhubung, bersiar-siar, dan meluangkan masa berkualiti di tengah kesibukan bandar.
Bangunan setinggi lapan tingkat ini merangkumi tujuh aras ruang dalaman dan satu aras Taman Langit (Sky Garden) dengan menempatkan lebih 120 kedai runcit eksklusif serta empat aras tempat letak kenderaan yang menyediakan lebih 450 ruang parkir.
Penempatan Ombak KLCC amat strategik dan diintegrasikan sepenuhnya dengan penggunaan sistem transit dengan hanya mengambil masa dua minit berjalan kaki dari stesen MRT Persiaran KLCC dan 10 minit dari Menara Berkembar Petronas. Aksesibiliti ini dijangka memberikan kemudahan kepada 110,000 eksekutif pejabat di sekitar kawasan, serta anggaran 15,000 penduduk berpendapatan sederhana dan tinggi.
Aksesibiliti berpusat ini dijangka memberikan kemudahan langsung kepada 110,000 warga korporat, 15,000 penduduk berpendapatan sederhana, serta komuniti diplomatik di kawasan sekitar meskipun integrasi transit yang kompleks ini menuntut kos dan tahap kerumitan pembinaan yang lebih tinggi.
Transformasi Ombak KLCC diiktiraf sebagai nadi seni, kebudayaan, dan ruang awam ini dengan menjadikan tempat tarikan pelancong baharu yang meriah dengan pelbagai acara, di samping meningkatkan kualiti gaya hidup masyarakat yang sihat.