Diterbitkan pada 12 April 2026, 19:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memaklumkan bahawa suatu insiden kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kelantan pada hari ini.

Kebakaran tersebut mengakibatkan kerosakan pada blok akademik melibatkan bilik darjah, bilik penyelia asrama dan asrama murid lelaki.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. Semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah tersebut dipindahkan ke kawasan selamat sebagai langkah segera bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

JPN Kelantan turut memaklumkan bahawa pihaknya mengambil tindakan pantas dengan menyalurkan bantuan kepada warga sekolah yang terjejas.

Usaha ini bertujuan memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat terus terpelihara.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi