Diterbitkan pada 16 Julai 2026, 16:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tawau ­­ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil perhatian serius terhadap insiden pergaduhan yang melibatkan beberapa orang murid di luar kawasan sekolah seperti yang tular dalam media sosial.

Berdasarkan kenyataan oleh JPN Sabah, pihak sekolah bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil tindakan segera, iaitu dengan mengenal pasti murid yang terlibat serta menjalankan siasatan dalaman.

Menurut kenyataan tersebut, insiden ini sedang dalam siasatan pihak polis dan pihak JPN Sabah akan memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.

JPN Sabah menegaskan bahawa walaupun kejadian berlaku di luar kawasan sekolah, namun sebarang bentuk salah laku yang melibatkan murid akan dipandang serius dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Tingkah laku sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi pendidikan, malah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid yang lain.

Mengulas lanjut, JPN Sabah tidak akan berkompromi dengan insiden salah laku sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang didapati bersalah selaras dengan peruntukan dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi