Diterbitkan pada 16 Julai 2026, 16:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Penasihat Undang-undang UPSI, Puan Salwati Mohd. Aris (enam dari kanan) ketika menyerahkan naskah Kanun UPSI kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Bahagian Perundangan menerbitkan Kanun Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kanun UPSI) sebagai rujukan rasmi bagi memperkukuh tadbir urus yang berintegriti dan berteraskan kedaulatan undang-undang.

Penasihat Undang-undang UPSI, Puan Salwati Mohd. Aris berkata bahawa penerbitan kanun tersebut merupakan langkah penting dalam menyediakan himpunan undang-undang utama bagi kegunaan pengurusan, pegawai dan seluruh warga universiti.

Langkah itu, sekali gus menyokong pelaksanaan pentadbiran yang lebih sistematik, telus, serta berakauntabiliti.

Kanun itu disusun sebagai sumber rujukan komprehensif dan terkini bagi memudahkan akses kepada peruntukan undang-undang universiti, selain membantu memperkukuh kefahaman terhadap kerangka perundangan yang menjadi tunjang kepada pengurusan institusi,” katanya.

Sebagai simbol komitmen universiti dalam menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, naskhah berkenaan turut dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, yang juga Canselor UPSI, pada Jun lalu.

Mengulas lanjut, Salwati Mohd. Aris menjelaskan bahawa Kanun UPSI menghimpunkan lima instrumen perundangan utama universiti, iaitu:

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]
  • Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus)
  • Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan)
  • Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Tatatertib Pelajar) 2024
  • 13 Statut Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jelasnya, inisiatif berkenaan dijangka menjadi rujukan utama yang menyokong penyampaian perkhidmatan yang cekap, berakauntabiliti dan berteraskan prinsip tata kelola terbaik selaras dengan aspirasi “Jiwa UPSI”.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi