Diterbitkan pada 23 April 2023, 09:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama lebih 1000 orang jemaah di Dataran Istiadat Perkarangan Istana Arau pada pukul 8.00 pagi semalam.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat Ustaz Mohd Shukri Ramli dan barisan pembesar serta kepimpinan negeri Perlis.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama-sama masyarakat dalam kariah Kota Raja Arau menunaikan solat sunat itu, dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar. Mufti Negeri, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pula menyampaikan khutbah.

Sebelum berangkat meninggalkan dataran, baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan sekalian yang hadir.

Selepas majlis tersebut, Tuanku Pemangku Raja menasihatkan semua jemaah yang hadir bahawa,

 Dalam kita asyik menjamu selera dengan juadah yang pelbagai, aspek kebersihan makanan perlulah sentiasa diberikan perhatian utama bagi menjamin makanan yang disajikan tersebut dalam keadaan baik dan dapat mengelakkan masalah seperti keracunan makanan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi