Diterbitkan pada 20 Julai 2026, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

New Jersey – Skuad kebangsaan Sepanyol gah merangkul kejuaraan Piala Dunia 2026 selepas menumbangkan juara bertahan, Argentina dengan keputusan 1-0 dalam aksi final di Stadium MetLife pada Ahad.

Ferran Torres ketika meraikan gol tunggal yang dijaringkan beliau ketika aksi final di Stadium MetLife.

Kemenangan skuad La Roja itu dimuktamadkan menerusi jaringan penyerang, Ferran Torres pada masa tambahan minit ke-106 berpunca daripada hantaran Nico Williams.

Kejayaan tersebut menamatkan penantian selama 16 tahun Sepanyol untuk kembali bergelar raja bola sepak dunia selepas lakaran sejarah gemilang pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Malam gemilang Sepanyol itu bertambah manis apabila tiga bintang utama mereka membolot anugerah individu berprestij sebagai pengiktirafan kecemerlangan sepanjang kejohanan berlangsung.

Perancang tengah, Rodri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bola Emas, Unai Simon merangkul Anugerah Sarung Tangan Emas manakala Pau Cubarsi dianugerahkan gelaran Pemain Muda Terbaik.

Suasana meriah sebahagian peminat bola sepak tempatan yang berkumpul bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia menerusi layar gergasi.

Dalam perkembangan yang sama, penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe memenangi Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak kejohanan, sementara pasukan Belanda membawa pulang Trofi Permainan Bersih FIFA.

Kredit Foto: FIFA dan Sinar Harian
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi