Diterbitkan pada 31 Ogos 2023, 14:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Khairul Azhar Baharuddin

Putrajaya – Kempen semarak kemerdekaan mesti dihayati dalam diri setiap anak untuk mereka sedar akan hak dan tanggungjawab utama sebagai warganegara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dalam Facebook beliau bersempena dengan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.

Beliau turut berpesan,

Tarikh bersejarah 31 Ogos bukan sahaja untuk melaungkan ungkapan ‘Merdeka’, namun menjadi peringatan untuk rakyat agar bekerja keras, bersatu padu dan saling membantu.

Hal ini dikatakan demikian kerana semangat dalam jiwa rakyat perlu kekal agar mencintai negara hingga ke hujung nyawa.

Pada masa yang sama, ujar beliau lagi, hak pendidikan berkualiti mesti dititikberatkan dalam kalangan anak merdeka untuk mengembangkan potensi, bakat dan intelek diri.

Anak merdeka perlu membangun untuk menjadi rakyat yang boleh memberikan khidmat dalam memastikan negara sentiasa makmur, maju dan sejahtera.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi